Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Langkah Demi Langkah Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online

Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online. Saya dah cerita tentang SSPN-i Plus adalah pelan Simpanan terbaik buat anak-anak anda. Saya pun dah explain jenis-jenis pakej yang terdapat dalam SSPN-i Plus serta pelan perlindungan yang ditawarkan dalam pakej-pakej tersebut.

Pada entri ini saya nak kongsi langkah demi langkah cara buka akaun simpanan SSPN-i Plus secara online. Cara buka akaun pun mudah sahaja, ikuti langkah-langkah yang saya berikan (rujukan website SSPN-i Plus) dan pilih pakej yang sesuai dengan anda.

Syarat-syarat layak buka Akaun Simpanan SSPN-i Plus:

Pendeposit:

- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas atau sebelum mencapai 64 tahun

Penerima Manfaat:

- Warganegara Malaysia
- Berumur1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun
- Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak sendiri/ anak jagaan yang sah

Lain-lain:

- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun sahaja untuk setiap penerima manfaat.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama

Langkah Demi Langkah Cara Buka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online


Anda perlu LOGIN ke Buka Akaun Baru SSPN-i Plus untuk mula buka akaun secara online. Kemudian ikuti langkah demi langkah yang digariskan di bawah secara teratur. Jika anda mahu download Manual PDF Cara Buka Akaun Simpanan SSPN-i Plus, boleh klik icon di hujung entri ini. 

LANGKAH PERTAMA: MAKLUMAT AKAUN 

Langkah pertama ialah pengisian Maklumat Akaun. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Seterusnya” untuk langkah selanjutnya.

Maklumat Akaun
LANGKAH KEDUA: MAKLUMAT PAKEJ 


Langkah kedua adalah Maklumat Pakej. Sila pilih pakej yang ingin didaftarkan. Lihat menu “Produk” untuk mengetahui maklumat setiap pakej. Ada 6 Pakej semuanya. Setiap pakej mempunyai amaun simpanan dan takaful yang berbeza. Klik “Seterusnya” untuk langkah selanjutnya.
Maklumat Pakej

LANGKAH KETIGA: MAKLUMAT PERIBADI 


Langkah ketiga adalah Maklumat Peribadi. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Seterusnya” untuk langkah berikutnya. 

Maklumat Peribadi

LANGKAH KEEMPAT: BAYARAN 


Langkah keempat adalah Bayaran. Semua maklumat yang telah diisi pada langkah sebelum akan dipaparkan untuk disemak buat kali terakhir dan boleh dibuat pindaan (jika berkaitan). Sila masukkan mod bayaran untuk pembayaran kali pertama. Sistem akan memaparkan jumlah amaun yang perlu dibayar. Sila baca butiran akad dan tandakan [] pada kotak “Saya [Nama Pengguna] Bersetuju dan Faham”. Tandakan [] pada ruangan “Saya [Nama Pengguna] Mengakui Bahawa Keterangan Diatas adalah Benar”. 

Langkah Demi Langkah Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online
Maklumat Bayaran
Selepas pengguna menanda [_/] atau tick pada ruangan “Saya [Nama Pengguna] Mengakui Bahawa Keterangan Diatas adalah Benar”, butang “Bayaran” akan dipaparkan. Klik “Bayaran” untuk membuat bayaran.


Seterusnya, Sistem akan memaparkan gerbang pembayar. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/ debit atau perbankan internet. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat adalah betul. Klik “Proceed” untuk langkah seterusnya.

Contoh Bayaran (Gerbang Pembayar) Menggunakan Kad Kredit 

Langkah Demi Langkah Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online
Contoh Bayaran (Gerbang Pembayar) Menggunakan Kad Kredit

Contoh Bayaran (Gerbang Pembayar) Menggunakan Perbankan Internet 

Contoh Bayaran (Gerbang Pembayar) Menggunakan Perbankan Internet
Apabila transaksi bayaran telah sempurna, anda akan dipaparkan dengan maklumat 'Payment Details' seperti di bawah.

Langkah Demi Langkah Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online

Apabila pembayaran telah selesai, sistem akan memaparkan maklumat pendeposit dan status transaksi (berjaya/ gagal). Sekiranya transaksi bayaran berjaya, resit dan e-Cover Note (Ringkasan Perlindungan Takaful) boleh dicetak.

Untuk download Manual PDF , >>DOWNLOAD 1 DISINI<< atau >>DOWNLOAD 2<<

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close