Itu baru manusia? Bagaimana pula jika kita tahu Allah sayangkan kita? Adakah kita juga akan mensyukurinya dengan melakukan segala suruhannya dengan bersungguh-sungguh waima berkorban nyawa? Nak tahu jawapannya...check iman dalam diri sendiri.
Tanda-Tanda Allah Sayangkan Kita

1) Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.
2) Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.
3) Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
4) Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.
5) Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.
6) Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.
7) Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.
Meminta hanya kepda Allah, Berharap hanya pada Allah, Kerana hnya Allah sahaja yg mampu melakukan apa sahaja. Makhluk langsung tidak berupaya melainkan dengan kehendak dan izin daripada Allah juga.
Alangkah beruntungnya kita jika ditunjukkan tanda-tanda seperti di atas dengan syarat kita melaluinya dengan sabar dan solat. Segala masalah dan ujian yang diturunkan adalah sebagai peringatan kepada kita bahawa dekatlah selalu dengan Allah nescaya Allah tak pernah jauh.
Wallahu'alam.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.