Bukan mudah ya kekawan dan pembaca budiman bila anak-anak naik sekolah. Sebab, mereka dah puas sebulan lebih berada di rumah, dengan ibu bapa, abang kakak dan sebagainya. Jadi, kita kena segarkan balik minda mereka kepada sekolah.
Tentang persiapan alatan sekolah, adakah semuanya cukup?
Kalau anda nak mudah, boleh aje beli kat Lazada dengan kempen BACK TO SCHOOL. Katanya tengah hot sekarang ni ibu bapa order dengan Lazada. Tup tup sampai depan rumah..
![]() |
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Persediaan Anak Naik Sekolah
1. Mood anak anda
Jangan ambil mudah mood anak anda bila sesi persekolahan bermula. Sediakan mereka dengan kata dan semangat yang ceria, sediakan sarapan yang disukai pada hari pertama sekolah, dan jangan lupa pakaian sekolah yang kemas di seterika. Ia penting agar hadir rasa selesa bila bertemu rakan-rakan baru atau lama nanti.
2. Peralatan sekolah yang lengkap
Alatan sekolah yang lengkap amat penting bagi anak-anak. Segala buku yang telah dibeli mesti dilabelkan dengan namanya agar tidak berlaku kehilangan buku tulis atau buku aktiviti.
3. Sesuaikan diri dengan kelas
Jika anak anda telah berubah kelas berbanding tahun sebelumnya, berikan dia galakan untuk bercampur dengan rakan sekelas yang baru. Samada anak anda turun atau naik kelas, bukan persoalan yang utama. Berikan dia kata-kata semangat untuk lebih memberi tumpuan di kelas dan kurangkan bermain.
Semoga perkongsian ringkas tentang persiapan anak naik sekolah dapat memberikan ibu bapa sedikit gambaran supaya dapat melibatkan diri dengan anak-anak dan sesi persekolahan baru nanti. Berikan anak anda galakan dan kata-kata semangat agar mereka tampil ceria dan yakin pada tahun baru 2017.
Selamat bersekolah adik-adik...



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.