Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pre Order Buku Baru Mat Luthfi Kisah 25 Filsuf Barat Di Bookcafe

Jom beli buku baru Mat Luthfi yang bertajuk Kisah 25 Filsuf Barat. Dalam FB Mat Luthfi pun ada cerita sikit pasal buku barunya itu. Bagi pembaca blog ini yang teringin memesan buku 25 Kisah Filsuf Barat, anda boleh pergi ke link di bawah atau klik pada statik menu bar di atas blog ini. Mudah kan?

Kisah 25 Filsuf Barat, buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat berserta idea-idea utama mereka yang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melakukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.



Atau anda boleh terus order di Bookcafe.

Dengar kata cetakan pertama dah sold out! Biar betul? Tak caya?

Petikan daripada FB Mat Luthfi,

Buku baru! Rasanya dalam beberapa minggu lagi baru masuk kedai. Kalau nak tunggu, berjanggut la macam Plato, bermisai macam Nietzsche. Boleh dapatkan awal buku ini dengan harga diskaun di Bookcafe
Atau daripada mana-mana ejen yang duk spam timeline hang. Atau kalau nak selamatkan hutan daripada pembalakan, boleh dapatkan e-book di https://goo.gl/c312dH
Dekat link-link situ juga ada semua benda mak nenek yang hampa nak tanya. Ada senarai nama 25 orang ahli falsafah, idea-idea yang dibincangkan, sample buku, FAQ (frequently-asked questions, bukan yang kawan hang duk sebut bajet cool tu), dan dua lagi buku aku sebelum ini.
Kalau tak puas hati juga atau kalau nak bagi cadangan atau nak bagitau kesalahan ejaan, kesalahan fakta, atau nak tanya macamana aku dapat bentuk badan yang ideal macam cover depan buku ni, boleh contact penerbit di https://goo.gl/P9yO9G
Selamat membaca! :D

Kan..., dia dah membebel... haha!

Pre Order Buku Baru Mat Luthfi Kisah 25 Filsuf Barat Di Bookcafe


Saya ejen affiliate di Bookcafe. Jika anda klik iklan pada menu bar di atas, anda terus dibawa ke laman buku Kisah 25 Filsuf Barat oleh Mat Luthfi. Bukunya pun tak mahal, cuma RM22.50. Harga asal adalah RM25.00.

Buku ini bukanlah buku biasa. Ia ada sesuatu yang anda kena tahu. Buku yang tak pernah kita baca sebelum ini. Kisah Filsuf Barat. Siapakah mereka??

STATUS: PRE-ORDER 

HARGA: RM25.00 (ASAL)
HARGA TERKINI: RM22.50
======================
Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-355-9
Tarikh Terbit: 14 Dec 2016
Jumlah Muka Surat: 240
======================

Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close