Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?

Nuffnang sudah tidak releven? Kebelakangan ini iklan Nuffnang macam dah tidak berfungsi. Banner iklan pun kurang muncul di blog, mungkin sudah kurang advertiser? Tak tahulah apa sebabnya...

Saya pun bercadang nak buang iklan Nuffnang diblog kerana tidak mendatangkan hasil sejak sebulan yang lalu. Kekosongan slot iklan Nuffnang mungkin akan saya gantikan dengan banner iklan dari program affiliate seperti klikjer ataupun jobkartel.

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?


Entah apa nasibnya dengan Nuffnang. Mungkin terlalu banyak persaingan dari medium pengiklanan yang menawarkan komisen lebih tinggi. Selain Adsense yang begitu disayangi oleh blogger, lain-lain program yang menawarkan komisen kepada blogger yang memasang iklan mereka termasuklah Mobicow, Popcash, Adnow dan banyak lagi.

So, kepada adik-adik yang baru join blogger, baru ada blog.. tak payahlah pasang iklan Nuffnang. Macam dah tak releven pulak. Buang masa pun ya juga.. adalah lebih baik join affiliate program seperti Sweet Muslimah, Tudung Sicomel, Bookcafe dan sebagainya.

Saya bukan nak lupa  daratan. Memang sejak 4 tahun dulu saya ada memasang Nuffnang dan bersabar selepas 2 tahun baru boleh cashout, tetapi kini tiba masanya saya mengundurkan diri dari Nuffnang..

Terima kasih kepada Nuffnang yang telah memberi income kepada saya sedikit masa dulu, dan oleh kerana saya tidak berapa aktif dengan segala aktiviti mereka.. saya rasa Nuffnang bukanlah lagi pilihan yang baik untuk blogger seperti saya. Saya hanyalah blogger underground, picisan dan tidak sukakan menonjolkan diri.

Biarlah blog saya sahaja yang beraksi... 😁😁

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Bagi akak, blog ni blog yg dah level pro....kalau blog ni blog picisan,entah tahap apa laa ye blog akk yg update seminggu skli tu huhu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close