Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan, Rebutlah Peluang Berdoa Dan Mohon Ampunan

Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan, maka rebutlah peluang ini duhai sahabat-sahabatku..😓😓, luangkan sedikit masamu untuk bersungguh-sungguh berdoa setiap hari agar Allah mengampuni dosa silam kita. Inilah peluangnya sekali dalam setahun.

Marilah kita seru kepada diri sendiri dan saudara seislam kita, agar lakukan kebaikan walau kecil nilainya tetapi besar hikmahnya untuk hidup kita selepas mati nanti. Ada 3 perkara yang akan dapat membantu kita di alam kubur iaitu doa anak yang soleh, amal jariah kita dan ilmu yang bermanfaat.

Bagaimana salah satu cara kita nak dapatkan dan tinggalkan ilmu yang bermanfaat ketika hayat masih ada? Mudah saja, tulis lah apa saja kebaikan di media sosial hinggakan ada segelintir manusia yang boleh menjadi lebih baik kerana ilmu dan tulisan kamu.. wallahua'lam...

Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan

Anggaplah tulisan dan perkongsian di bawah adalah salah satu cara berkongsi kebaikan dan ilmu yang bermanfaat sebagai satu cara amalan yang ditinggalkan yang dapat membantu saya di alam sana nanti...

Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan, Mohonlah Ampunan Kepada Allah


Antara waktu terbukanya pintu langit adalah pada bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis sahih, diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Apabila masuknya bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup serta syaitan-syaitan dirantai." ~ Hadis riwayat al-Imam al Bukhari No 1899)

Al Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Sari IisyarhSahih al-Bukhari, maksudnya, "Ibnu Battal berkata, Maksud langit adalah syurga berdasarkan sabdanya 'dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.' Maksud dibuka pula boleh difahami secara zahir dan hakikat sebenar."

Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan
Pintu Langit Terbuka Luas Sepanjang Bulan Ramadhan
Begitu banyak kebaikan dan hikmah bulan Ramadhan telah Allah kurniakan kepada hambanya yang terpilih. Kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Termasuk satu hikmah yang agung, ketika Allah mengkhususkan apa yang Dia kehendaki dari ciptaan-Nya baik berupa waktu, tempat, dan orang-orang tertentu. Allah berfirman,
“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya (dengan kekhususan dan keutamaan)” (Al Qashas 68)
Allah telah memilih bulan Ramadhan dengan keutamaan dan keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lainnya. Hal ini sebagai bentuk nikmat dan kurnia Allah kepada para hambanya agar mereka bersemangat mendekatkan diri kepada Allah dan meninggalkan perbuatan yang dimurkai-Nya.

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan yang menunjukkan keutamaan bulan ini, iaitu Allah membuka pintu-pintu syurga, menutup pintu-pintu neraka, dan membelenggu syaitan-syaitan. Pada setiap malam di bulan ini Allah membebasakan para penduduk neraka. Di bulan ini juga terdapat lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di akhir malam setiap Ramadhan, Allah mengampuni dosa orang-orang yang berpuasa, sebagaimana hal ini diterangkan dalam beberapa hadits. Wallahua'lam...

Sumber dan bacaan selanjutnya: https://muslim.or.id/6644-ramadhan-tiba-pintu-pintu-surga-terbuka.html

Semoga kita tergolong dalam golongan hambanya yang bertaqwa. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ameen...ameen...ameen...bersyukur sangat Allah masih mengizinkan untuk mengecapi nikmat Ramadhan tahun ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur juga saya padaNya atas semua nikmat..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.