![]() |
| Gambar hiasan |
Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga
![]() |
| Gambar Nasi tomato sumber Azlita Masam Manis |
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
Bahan tumis;
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Cara menyediakan Nasi Tomato Sedap
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/ daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca
Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah
![]() |
| Ayam Masak merah sumber azlita masam manis |
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 kiub ayam
Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
1 /2 inc lengkuas
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji
Bahan C ( rempah tumis 4 sekawan)
Kulit kayu manis
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih
Cara masak Ayam Masak Merah
1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan rempah tumis hingga harum, kemudian tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
4. Masukkan ayam, sos cili , bawang besar, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa
5. Gaulkan sehingga sebati
6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.
Selamat mencuba. Buat step by step apa yang di ajar seperti dalam resepi di atas. Pasti jadi. Insyaa Allah. Sebenarnya saya ada cerita tentang nasi tomato.. sejarah yang dah lama.. buat nasi tomato tak jadi. haha.. sebab tu saya kata kalau kita ikut betul-betul, boleh jadi punya nasi tomato anda.
Siap sudah hidangan dan resepi Nasi Tomato yang sedap buat keluarga tercinta. Nasi tomato pun sedap dimakan dengan dalca dan atau makan begitu saja kerana perencahnya dah cukup dalam bahan-bahannya tadi.




Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.