

Info Yang Anda Cari:
Kenali Ulam - Daun Kesum Dan Khasiatnya
Tak kenal pokok daun kesum? Tipulah! Oh ya, gen-z mungkin tak kenal kerana mereka lebih suka makan cheese berbanding sayuran hijau. Sedikit penjelasan tentang daun kesum. Nama saintifiknya adalah Polygonum minus (atau Persicaria minor). Pokok daun tumbuh menjalar atau menegak yang suka hidup di kawasan lembap seperti tepi parit dan kawasan basah. Daunnya berwarna hijau gelap, kecil, berbentuk tirus atau panjang (kira-kira 1.5–2 cm lebar dan 5–7 cm panjang). Batangnya pula lembut dan mudah di patahkan dengan tangan. Ia mempunyai bau yang kuat, segar, dan agak pedas. Dan selain itu, pokok kesum mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keunguan apabila sudah matang (lebih 4 bulan).

Khasiat Daun Kesum
Daun kesum banyak khasiatnya. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
1. Menguatkan daya penglihatan
2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
3. Mengharumkan tubuh
4. Baik untuk wanita lepas bersalin
5. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
6. Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
7. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.
8. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
10. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
11. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
12. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.
13. Ubat Gout/radang sendu. Ðaun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout
14. Merawat radang sendi
15. Melegakan batu karang.
16. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut
** Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas.
17. ubat pupuk/tampal di tempat berkudis.

Sumber:
• Facebook
• Resepi Che Nom
• Rasa Online
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.