Bulan Julai 2017. Sebuah kelahiran. Ada yang menyambut hari lahir.. selamat hari lahir, teman..😏💝💝. Ada yang telah menjadi isteri atau suami seseorang.. selamat berbahagia selamanya. Bagi yang mendapat kerja baru, lakukan tugasmu dengan amanah.
☆☆☆Baca juga😎😎💖💖 RAHSIA PERSONALITI ORANG LAHIR BULAN JULAI
Untuk aynorablogs.. saya berharap agar target dan harapan berjaya dan cemerlang dapat dilaksanakan dalam bulan Julai 2017 ini. Ada banyak perancangan yang akan dilaksanakan, ada banyak kejayaan hendak dicapai dan ada ribuan mimpi yang nak dizahirkan ke dunia realiti. Hmmm... impian bukan salah, ia adalah jalan yang belum nampak hujungnya... hihi
Selamat Datang Julai 2017 Membawa Seribu Rahmat Dalam Perjalanan Hidup
Pelbagai peristiwa dilalui sepanjang 6 bulan yang lalu. Pastinya, ada yang suka dan juga duka. Ada yang manis dan pahit jua..
Buat mereka yang mengajarkan kedewasaan... terimakasih.
Buat mereka yang meninggalkan kenangan... ingatlah memori itu hidup selagi kita bernyawa
Buat mereka yang memberikan luka... kamu akan melaluinya jua kerana hidup ibarat roda
Buat mereka yang menghadirkan tawa... selautan bahagia ditebarkan
Buat mereka yang hilang tanpa khabar berita... semoga masa dan takdir menemukan kita
Buat mereka yang sentiasa ada... hadiah doa dipanjatkan dan tersimpul rapi di langit ketujuh
Perjalanan anak Adam tak selamanya merona bahagia😥😥😥, adakala Dia hadirkan airmata untuk kita mencuci luka yang terpalit hiba. Dia hadirkan tawa dan ria agar kita menghargai setiap ruang yang ada... bersama mereka yang masih ada.
![]() |
| Aku mohon kekuatan tapi Allah datangkan ujian untuk menguatkan aku... |

Welcome July to my diary, to my journey.. we will together to strike!
Love, Aynora Nur


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.