Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menabung Paling Sempoi Dan Berkat

Cara Menabung Paling Sempoi Dan Berkat. Selalu juga dengar orang bercerita tak ada duit ketika kecemasan walau pun setakat RM1000. Biasanya keadaan terjadi bila berlaku kemalangan, kerosakan kenderaan dan bila anak demam atau sakit yang agak berbahaya yang memerlukan kos rawatan. Jadi, di manakah silapnya. Adakah gaji kecil dan kos hidup yang tinggi menyebabkan manusia semakin tersepit hidupnya?

Kawan-kawan pembaca blog tersayang.., bilakah kali terakhir anda buat simpanan walau sebanyak RM10 setiap hari atau bulan? Bila agaknya? Atau tak pernah langsung? Aduii.. kita mula menyimpan mulai sekarang ya kekawan.. jangan tunggu lama-lama. Tak banyak pun.. kalau anda bekerja gaji kecil, simpanlah sebulan RM20 untuk keperluan kecemasan.

Oh! Anda fikir mungkin anda tak cukup duit setiap bulan. Komitmen sana sini. Tak mengapa, mulakan simpan RM20 atau RM10 sebulan ikut kemampuan. Anda lihat nanti hasilnya. Dah 10 tahun berapa anda dapat? Mulakan menyimpan sekarang!

Cara Menabung Paling Sempoi Dan Berkat


Saya nak share cara menabung paling sempoi yang saya dah cuba dan hasilnya memang diluar dugaan. Sebab apa? Saya tak percaya yang saya boleh menyimpan sebanyak itu setiap bulan walau saya tahu saya tak cukup bajet untuk berbelanja, komitmen kereta, yuran sekolah anak-anak dan sebagainya.

Cara menabung yang sempoi dan berkat
Gambar hiasan

Saya mula keraskan hati buat potongan gaji setiap bulan sebanyak RM50 untuk disimpan di tabung haji. Ia bermula beberapa tahun lepas dengan niat nak pergi haji. Pasang niat sungguh-sungguh, dan setiap bulan duit gaji saya berkurangan RM50 la.. kena adjust sikit, jimat makan dan hal remeh temeh kena buang jauh. Eh.. boleh pulak hidup tanpa RM50 yang selalu ada tu. Wah.. seronok ni.

Tahun berikutnya saya ubah potongan gaji kepada RM100, ikut kenaikan gaji. Owh!! Boleh aje survive, tak ada hal pun. Macam biasa kena adjust dan sesuaikan kemampuan.

Kemudian, setiap tahun saya tambahkan potongan gaji ke Tabung Haji mengikut kenaikan gaji. Hinggalah terkini, saya menabung RM600 sebulan ke akaun Tabung Haji kerana saya dah boleh sesuaikan gaya hidup dan niat menabung saya displinkan itu. Alhamdulillah..

Natijahnya adalah keazaman, istiqamah, dan pasang niat yang jitu kenapa kita menabung.

Baca juga tips jimat cermat yang lain, klik pada panduan di bawah..

Mengapa saya memilih menyimpan dan menabung di Tabung Haji? 

1. Simpanan yang terjamin keberkatannya, dari orang islam untuk orang islam
2. Boleh pergi haji jika simpanan dah mencukupi, lebih cepat daripada kita nak tunggu duit pencen atau KWSP bila dah bersara nanti
3. Tak banyak mesin ATM, jadi malas nak keluar duit bila tak terlalu terdesak - selamat duit tu, hihi
4. Boleh potong gaji setiap bulan walau nak simpan serendah RM10.
5. Yakin simpanan dilaburkan pada jalan yang halal, dan agihan bonus dan dividen pun agak tinggi..

Anak-anak saya sejak lahir 6 bulan telah saya bukakan buku Tabung Haji untuk simpanan masa depan mereka. Walau setakat RM20 sebulan, ianya amat berbaloi apabila usia mereka cecah 21 tahun. Kalau anak-anak tak minat belajar, duit tersebut boleh digunakan untuk memulakan perniagaan selain boleh pergi umrah atau haji di usia muda.

Baca juga:



Mulakan simpanan anda sekarang, buat cara sempoi macam saya. Tabung Haji adalah pilihan terbaik yang saya syorkan setakat ini.

Dah lah simpanan terjamin, sempoi sikit-sikit pun boleh simpan dan nak buka akaun pun cuma bayar RM1 aje. Kan sempoi tu. Dan yang penting di penghujung semua itu adalah keberkatan simpanan kita. Sambil menyimpan anda telah menanam satu tekad perjalanan dan tujuan akhir hidup anda tentulah mahu menjadi tetamu Allah dengan menunaikan haji.

Insyaa Allah.. alhamdulilah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close