Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menjaga Hubungan Antara Manusia Dengan Manusia

Cara Menjaga Hubungan Antara Manusia Dengan Manusia. Dalam al Quran ada disebutkan amalan yang paling baik adalah mereka yang menjaga hubungannya dengan Allah dan juga manusia. Bagaimana bentuk hubungan dengan Allah? Hubungan dengan Allah itu dapat dilihat dan dilakukan semata-mata antara kita dengan Allah seperti mentauhidkan Allah, solat, berpuasa, membaca al Quran, dan banyak lagi.

Ada satu lagi hubungan yang perlu kita jaga iaitu hubungan antara manusia dengan manusia. Ini yang susah melakukannya. Bila nak ikhlas ada yang dengki, bila nak membantu ada yang sinis, bila menjalin silaturrahim, banyak cabarannya. Hubungan sesama manusia susah nak dijaga kerana melibatkan hati dan perasaan serta makhluk Allah yang mempunyai akal fikiran. Itu yang susahnya.

Cara Menjaga Hubungan Dengan Manusia


Cara Menjaga Hubungan Antara Manusia Dengan Manusia

Mari kita renung dan perhatikan antara cara-cara menjaga hubungan antara manusia dengan manusia yang sukar dipraktikkan jika tidak mengenal dan mengetahui caranya.

1. Di dalam Al-qur’an tertera sebagai berikut:
Mendahulukan kepentingan orang lain (QS 2:177, 59:9),

2. Berbuat baik adalah merupakan sebaik-baik amalan (QS 3:92, 3:134),

3. Menyempurnakan ukuran dan timbangan, serta tidak merugikan orang lain (QS 7:85, 11:84, 11:85, 17:35, 26:181, dsb) – mengurangi ukuran termasuk rasuah kecil-kecilan.

4. Berinfak atau memberikan sebahagian rezeki kepada orang lain (QS 2:254, 3:92, 14:31, 32:16, 35:29, 42:38, dsb)

5. Tolong menolong dan berkasih sayang (QS 5:2, 48:29, 24:22, 90:17), dan masih banyak lagi.

Berkasih sayang kerana Allah. Dalam berkasih sayang kerana Allah ada dua kaedah.

Yang pertama, kita menyayangi orang lain dengan harapan mampu mendekatkan diri kita pada Allah SWT.

Yang kedua, darjat ini lebih tinggi dari darjat yang pertama, iaitu kita menyayangi orang lain kerana Allah cinta kepada dia. Antaranya menyayangi para Nabi dan rasul, alim ulamak, dan sebagainya.

Secara unumnya, akhlak terhadap sesama manusia (hablum minannas) yang ditunjukkan ialah dengan perintah berbuat baik kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang yang dalam perjalanan (musafir) dan hamba sahaya.

Untuk pembacaan selanjutnya, sila layari ziyad-id.blogspot.my/2013/10/hablum-minallah-wa-hablum-minannas.html?m=1

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close