Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hijrah Sebenar Seorang Muslim

Hijrah Sebenar Seorang Muslim. Salam maal hijrah kepada semua sahabat hati yang hanya dikenali di alam maya. Namun itu tidak menghalang untuk jalinan silaturrahim ini berterusan dalam suasana ukhuwah dan damai. Salam Awal Muharam kepada semua pembaca blog yang saya kasihi.

Tahun baru hijrah ini, apakah azam anda? Apakah cita-cita anda yang belum terlaksana tahun lalu? Masih boleh diulang lagikah azam yang sama? Mengapa tidak? Jika azam itu amat bermakna buat anda.. ulang dan teruskanlah. Jangan cepat mengalah, okay!

Sebagai seorang muslim azam tahun baru atau hijrah anda bermula pada tahun baru bulan baru hijrah iaitu pada 1 Muharam. Itulah sebenar-benar hijrah bagi seorang muslim yang patut dingati setiap tahun.

Hijrah Sebenar Seorang Muslim


Sebagai seorang muslim yang percayakan kepada Allah dan rasulnya, apakah definisi hijrah bagi anda? Apakah hijrah sebenar seorang muslim?

Hijrah Sebenar Seorang Muslim

Jom kita renungkan sama-sama.

Sebagai seorang muslim, inilah hijrah atau azam baru yang boleh dilakukan.

Pertama, bertaubat kepada Allah. Taubat Nasuha, kalau boleh. Bukan kalau boleh, sedaya yang boleh. Mulai malam ini, jom sama-sama kita solat sunat taubat. Semoga kesungguhan kita memohon ampun dan bertaubat atas dosa masa lalu kita mendapat ampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.

Kedua, Menyambung silaturrahim. Inilah antara hijrah sebenar seorang muslim. Rapatkan saf, sama-sama bersatu menghadapi musuh islam. Musuh orang mukmin bukan saja datang dalam bentuk nyata, yang tersembunyi pun banyak. Antaranya media sosial. Dah banyak sangat kehancuran dan fitnah berleluasa di media sosial. Jadi, elakkan permusuhan, jangan sebarkan fitnah dan viralkan sesuatu yang boleh memecah belahkan silaturrahim kita.

Ketiga, memilih yang halal dalam setiap aspek kehidupan. Hidup dalam Malaysia pun kita dah jadi was-was bila nak makan di sesebuah tempat. Bukan saja makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan kewangan pun kita kena memilih yang halal. Yang bersih dari gejala yang haram. Anda pun faham maksud saya, kan? Berhijrahlah tinggalkan yang subhah.

Keempat, menjadi lebih baik setiap hari. Di sebalik semua hijrah di atas, ada satu azam yang boleh ditanamkan dalam jiwa seorang muslim. Iaitu azam untuk jadi baik setiap hari. Bangun tidur ucap syukur, kemudian terus pasang azam untuk jadi terbaik dan lebih baik hari ini. Jadi anak yang baik, isteri yang lebih baik.. kurangkan leter.. , jadi pekerja yang baik (jangan lawan bos,) dan banyak lagi. Mesti tanamkan azam ni dalam hati tau..

Kelima, bersedekah. Lebihkan bersedekah setiap detik dalam langkah kita. Senyum pun sedekah. Memudahkan urusan orang lain juga satu bentuk sedekah. Ada wang banyak sedekah banyak. Ada yang sedikit, sedekahlah seadanya. Tanamkan azam dalam diri bahawa anda mesti bersedekah setiap hari. Paling mudah, sedekahkan al Fatihah kepada ibu bapa, pasangan, anak-anak, rasulullah dan diri sendiri. Mudah, kan?

Hijrah Sebenar Seorang Muslim

Akhir kata, senarai hijrah dan azam tahun baru di atas adalah dari sudut pandangan dan ulasan peribadi saya sendiri. Ia menjadikan saya berazam untuk melaksanakan hijrah di atas dengan sedaya upaya dan kekuatan serta kemampuan saya. Sebagai seorang muslim, kita mengangankan akhiran hidup yang baik, jadi apakah persiapan kita sebagai bekalan nanti.

Hijrah sebenar seorang muslim bukanlah semestinya bersifat ukhrawi semata-mata namun sebaliknya dunia juga boleh dijadikan jalan ke syurga jika kita bijak mengatur dan mencorak perjalanan hidup kita itu.

Tanya hati, tanya iman. Kuatkah kita menuju syurga Allah? Hanya kita yang mampu mengubah takdir dengan usaha dan ikhtiar yang bersesuaian. Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

10 Comments

  1. terima kasih untuk peringatan ini. Kadangkala kita mudah terlupa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...perkongsian yang sangat menarik. Salam Maal Hijrah dari sis..:D

    ReplyDelete
  3. terima kasih diatas perkongsian ini. Salam Maal Hijrah ye :)

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing...
    Nice reminder to all of us.
    Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah. perkongsian yang bermanfaat. semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik pada tahun ni

    ReplyDelete
  6. Betul lah sempena dengan tahun baru Islam ni kita kena Hijrah daripada tulis yang tak baik kepada yang lebih baik untuk semua orang juga nanti...

    ReplyDelete
  7. Suka akak baca perkongsian Dan peringatan di atas. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Nak berubah memang susah. Tapi Allah s.w.t pasti akan bantu kalau kita benar-benar ingin berhijrah. Kita kena usaha dengan buat list macam Aynora buat ni. Laksanakan satu persatu. InsyaAllah dipermudahkan. Good luck!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close