Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menjelang PRU Ke 14 | Sejarah Pilihanraya Malaysia

Menjelang PRU Ke 14 | Sejarah Pilihanraya Malaysia. Bila PRU 14 nak diadakan ni? Semua orang macam dah tak sabar menantikan kehadirannya. Rakyat marhaen nak sangat menggunakan kuasa dan hak mereka memilih pemerintah untuk penggal berikutnya. Nak tukar.. kononnya.. pastikan ya, anda gunakan hak sebagai rakyat Malaysia dengan betul. Itulah hak yang anda ada dan anda akan menempuhinya untuk 5 tahun lagi.

Nak buat pilihanraya, parlimen perlu dibubarkan. Bila parlimen akan dibubarkan? Adakah pada bulan November?



PM Najib selaku perdana menteri tidak mempunyai kuasa ke atas pembubaran dewan undangan negeri.

Sebaliknya kuasa itu terletak di bahu dan tangan menteri-menteri besar dan ketua menteri.

Sebab itulah di dalam ucapan secara langsungnya mengumumkan pembubaran parlimen, Najib sekadar menasihati kerajaan-kerajaan negeri agar mengadap ketua negeri masing-masing (sultan dan gabenor) bagi mendapatkan perkenan agar pilihan raya dapat dijalankan serentak di seluruh negara.

Lazimnya, negeri-negeri termasuklah yang diketuai oleh pembangkang akan turut sama membubarkan dewan undangan negeri secara serentak bagi memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun tarikh penamaan calon dan juga tarikh mengundi.

Pengumuman mengenai tarikh pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri akan membolehkan Yang Dipertua atau speaker parlimen/dewan undangan memaklumkan kepada SPR mengenai pembubaran tersebut secara rasmi.

Bagi persekutuan, sudah tidak menjadi masalah kerana pengumuman telah dibuat secara langsung ke seluruh negara cuma menunggu surat rasmi daripada pejabat perdana menteri sahaja.

Manakala bagi negeri-negeri pula, speaker dewan perlu menunggu menteri besar atau ketua menteri mengadap dan mendapat perkenan daripada ketua negeri masing-masing.

Bagaimanapun, Dewan Negara tidak terlibat atau terjejas ekoran pembubaran parlimen kerana ia terdiri daripada anggota-anggota yang dilantik dan bukan dipilih menerusi proses pilihan raya.

Selepas menerima pemakluman mengenai pembubaran dewan, SPR kemudiannya akan memanggil mesyuarat penuh yang terdiri daripada anggota-anggota suruhanjaya bagi menentukan perkara-perkara berkaitan dengan pilihan raya dan tarikh penamaan calon.

SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya mulai tarikh pembubaran parlimen dan juga dewan-dewan undangan negeri.

Apabila SPR telah menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan hari penamaan calon dan juga pemilihan, mereka akan memanggil satu sidang akhbar khas untuk memaklumkannya kepada umum.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/04/03/apa-jadi-selepas-parlimen-dibubarkansatu-kronologi/#U5vJPiuvWuMP6dSP.99


Sejarah Pilihanraya Malaysia


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.

Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Election Commission of Malaysia ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.

Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.

  • Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. 
  • Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Sebagai warganegara Malaysia yang merdeka, kita bebas membuat pilihan. Siapakah yang kita pilih dan apakah pilihan kita adalah rahsia. Tetapi apabila suara majoriti telah memilih, secara tidak langsung terserlah segala pilihan yang kita rahsiakan.

Tunggu penuh sabar penghujung dan penamat PRU ke 14. Apakah pilihan yang kita ada? Biar akal yang tenang, bijak dan berwawasan membuat pilihan tersebut bila tiba masnya...

Selamat membaca, happy reading!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close