Cara bayar balik pinjaman PTPTN dengan pengeluaran KWSP amatlah mudah. Tapi anda kena daftar i-Akaun dulu dengan KWSP sebelum boleh buat pengeluaran melalui e-pengeluaran. Baca syarat-syarat pengeluaran oleh KWSP seperti di bawah.

PTPTN Tegaskan Selesaikan Tunggakan Anda Jika Tidak Mahu Disenarai Hitam
Anda ada bayaran tertunggak yang tidak diselesaikan? Kenapa tak bayar segera dengan menggunakan KWSP akaun 2. Tahukah anda bahawa akaun ke 2 dari KWSP boleh digunakan untuk mengurangkan baki pinjaman PTPTN? Kalau tak tahu kenalah tanya, ya dak? Jangan diam je hinggalah boleh menyusahkan diri sendiri.
Cara selesaikan tunggakan PTPTN anda dengan KWSP. Semak baki akaun 2 anda. Anda boleh keluarkan akaun 2 anda dengan mengisi borang tertentu.
1. Peminjam PTPTN boleh membuat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar balik pinjaman. Bagi pengeluaran oleh ahli (bagi peringkat Diploma dan Ijazah), perjanjian mestilah bertarikh 2 Januari 2000 ke atas. Bagi pengeluaran oleh ibu bapa, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh April 2001 dan ke atas untuk peringkat ijazah, manakala bagi peringkat diploma, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh 17 Januari 2006 ke atas. Semua syarat pengeluaran ditetapkan oleh KWSP.
2.1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
2.2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
3. Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.
4. Selepas selesai anda uruskan bayaran tunggakan dengan PTPTN, anda mintalah surat pelepasan atau surat pengesahan dari PTPTN tentang urusan anda itu.
5. Kemudian, serahkan surat tersebut kepada pihak bank atau institusi kewangan tempat anda nak membuat pinjaman samada beli rumah atau kereta.
Surat pengesahan dari PTPTN boleh diperolehi dari email. Tak perlu tunggu lama. Dalam tempoh 3 hari dah boleh dapat. Jika mohon surat tersebut dari kaunter PTPTN m, boleh dapat serta merta. Tapi dengan syarat pegawai yang boleh tandatangan surat tersebut ada dan tidak bercuti.
Selamat membayar hutang anda!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.