Oleh kerana resepi dah viral, saya pun tak pasti nak baklink kat siapa resepi ni. Tapi yang pasti saya ambil resepi ini dari FBpage Koleksi Resepi Kuih Muih. Terima kasih lah kepada empunya badan yang dapat idea kreatif dan mudah buat kek oreo cheese yang sedang viral sekarang ni.
Gambar di bawah.. kek oreo cheese tanpa cheddar, hanya tuang topping coklat pun dah sedap..


Resepi Mudah Buat Kek Oreo Cheese Dengan 3 Bahan Asas
Jom tengok bahan-bahan nak buat kek oreo cheese yang sangat trending satu Malaya.. haha
Bahan-bahan:
Biskut oreo (2 paket yang panjang tu.. )
200ml (anggaran 1 kotak kecik) susu dutch lady perisa coklat (susu pun boleh)
Keju cheddar (kalau suka)
Cara Mudah Buat Kek Oreo Cheese Dengan 3 Bahan Asas
1. Blend atau kisar hancur oreo sekali dengan krim biskut oreo tu


2. Masukkan susu coklat dutchlady sikit demi sikit
3. Letakkan dalam bekas/ loyang saiz kecil
4. Kukus selama 20 minit
Tunggu sejuk, terbalik kan. Parutkan keju cheddar dan letak coklat chip, jika suka sebagai hiasan.
Proses buat kek oreo cheese ni lebih kurang 30 minit dan kosnya untuk 2 bahan oreo dan dutch lady coklet tu RM10.
Mengikut komen setiap pengguna FB yang dah buat, kek oreo cheese ni memang sedap sangat dan boleh pelbagaikan susu dutch lady dengan perisa strawberry dan sebagainya.
Nak letak coklat cair sebagai topping kek oreo cheese pun boleh. Terpulang kepada kreativiti masing-masing dan tekak anda.. hihi

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.