Ada banyak cara nak buat kuih dangai atau orang sebut juga kuih rangin. Anda boleh buat dengan cara bakar dua kali atau sekali jalan. Nak letak pewarna di atasnya pun boleh. Terpulang.
Tapi, kuih dangai yang saya nak share di bawah ini adalah cara buat kuih dangai yang paling simple.
Gambar kredit Enny Abdullah |
Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple
Bahan-bahan:
6 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
Sedikit garam
Cara Buat Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple

Ada 3 langkah je..
1. Campurkan semua bahan di atas. Gaul hingga sebati.
2. Masak dalam loyang atau acuan kuih kemboja ( kuih bakar). Tekan sikit biar mampat.
3. Bakar dalam oven 160 darjah celcius dalam tempoh 40 - 50 minit.
Bila dah siap, boleh potong dan makan panas-panas. Ya Allah.. sedapnya. Makan pula menghadap kopi pekat. Alahaii...

Nak makan kuih dangai atau kuih rangin ni kena makan ramai-ramai. Baru best. Sebab kuih dangai adalah sejenis kuih tradisional yang dibuat dari tepung pulut. Ada liat sikit, so.. kunyah perlahan-lahan. Hihi..
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.