Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Goreng Style Melayu Yang Sedap

Resepi Sambal Goreng Sayur Campur Style Melayu. Sambal goreng ni ada banyak versi. Ada style melayu, jawa dan sebagainya. Ada orang buat sambal goreng letak soo hon dan ada pula tak letak. Ada juga buat sambal goreng letak santan dan ada yang tidak. Itu semua sekadar perbezaan cara mengolah makanan atau masakan. Yang penting bila masuk mulut rasa sedap dan tidak terlebih masin. Haha...

Kandungan sambal goreng biasanya ada tempe, tauhu dan udang. Memang kaw dab mabelles bila dimakan. Saya pun suka meratah sambal goreng ni terutamanya sambal goreng jawa air tangan mak saya.

Resepi Sambal Goreng Style Melayu
Gambar hiasan


Resipi Sambal Goreng Style Melayu Yang Sedap

Bahan-bahan:

1 batang cili hidup - besar, jika nak pedas boleh tambah cili
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih 
1 batang serai  - 1 batang
1 inci belacan 
1 sudu teh pes tomato 
3/4 sudu teh gula 
Garam secukupnya
4 tangkai kacang panjang - hiris serong 1 inci 
10 ekor udang sederhana saiz - bersihkan dan buang kulit 
1 keping tauhu saiz besar - potong dadu
1 keping tempe - dipotong hiris nipis
minyak secukupnya
Air untuk memasak

Cara menyediakan Sambal Goreng


1) Kisar semua bahan cili hidup, bawang besar, serai dan bawang putih

2) Panaskan minyak dan goreng tauhu dan tempe sampai garing. Ketepikan.

3) Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan belacan, pes tomato, gula dan garam. Kacau rata hingga naik bau. 

4) Masukkan kacang panjang dan kacau lagi. Boleh masukkan sedikit air untuk lembutkan kacang panjang tadi. Biar mendidih. 

5) Akhir sekali, masukkan udang, tauhu dan tempe ke dalam bahan-bahan tadi. Kacau rata. Perisakan. 

Siap untuk dihidangkan sayur sambal goreng anda, yang amat mudah penyediaannya. Sambal goreng ni kita orang panggil sambal goreng melayu. Sebab kat Johor ni ada banyak jenis cara masak sambal goreng tu, ada sambal goreng jawa, sambal goreng pengantin dan banyak lagi.

Kalau nak tambah suhun @ soo hon dalam sambal goreng anda pun boleh. Rendam dulu kemudian masukkan paling akhir dalam ramuan di atas. Kacau kan. Siap!!

So, anda boleh cuba yang mana satu jadi idaman. Hihi..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. What's up Dear, are you truly visiting this web site on a regular basis,
    if so afterward you will definitely obtain nice knowledge.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close