Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Cuci Jam Tangan Yang Dah Berdaki

Cara Cuci Jam Tangan Yang Dah Berdaki. Wanita suka mengumpul jam tangan samada yang jenis besi, tali kulit dan sebagainya. Jam tangan mudah kotor kerana terkena peluh dan selalu tergesel pada permukaan meja bila kita melakukan kerja. Jika anda mempunyai koleksi jam tangan macam saya, jom kita cuba tengok cara bersihkan jam tangan yang dah berdaki atau kotor. Lepas tu, dah boleh pakai semula bila warnanya sudah kilat kembali.

Kalau boleh simpanlah jam tangan anda di dalam kotak asalnya jika tidak dipakai agar terhindar daripada habuk atau tercemar dengan cahaya. Sebab, jam tangan yang terdedah dengan cahaya yang berlebihan boleh melunturkan warna asalnya.

Cara Cuci Jam Tangan Yang Dah Berdaki
Antara Koleksi jam tangan saya

Cara Cuci Jam Tangan Yang Dah Berdaki


Jam tangan yang dah kotor dan berdaki boleh dibersihkan. Caranya? Mudah saja..

Jika nak cuci jam tangan besi, anda boleh gunakan tiga barang berikut yang ada di rumah iaitu ubat gigi, berus gigi dan air.

Cara Cuci Jam Tangan Yang Dah Berdaki

Caranya, letakkan ubat gigi secukupnya pada berus gigi dan gosok perlahan-lahan pada permukaan jam dan juga tali jam. Gosok rata pada celah-celah jam sehingga nampak bersih. Kemudian, cuci dalam air samada di bawah paip atau dalam besen. Boleh yang mana-mana .. yang penting lepas dibasuh dengan air bersih jam tangan anda kelihatan bersih dan berkilat. Jangan lupa lap dengan tuala atau kain yang lembut. Nampak macam jam tangan baru pulak..

Berbeza pula caranya nak cuci jam tangan getah atau kulit. Contohnya jam tangan G-Shock yang bertali jam getah.

1. Bersihkan dan sembur semua bahagian pada jam tangan Casio G-Shock anda menggunakan air.

2. Rendam jam tangan dalam bekas berisi air hangat sekitar 15 minit.

3. Angkat jam tangan dari air, gunakan cotton-bud untuk membersihkan sisi bahagian dalam jam tangan terutama di bahagian tali.

4. Bersihkan layar atau permukaan jam tangan menggunakan microfiber atau kain lembut.

5. Gunakan vacuum cleaner dengan hati-hati untuk menyedut air yang tersisa pada celah-celah jam tangan. Jangan menggunakan hair dryer/pengering rambut, kerana panas yang berlebihan bileh merosakkan komponen plastik pada jam tangan.

Untuk jam tangan tali getah atau kulit @ leather, boleh juga gunakan celloy tape dengan cara lekatkan pelekat plastik itu pada bahagian yang kotor dan tekapkan hingga kotoran melekat pada pelekat plastik itu. Waktu kita tanggalkan pelekat plastik tu.. kotoran ikut tanggal sekali.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close