Header Ads

Solat Terawih 8 Rakaat Dan Cara-Caranya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Solat Terawih 8 Rakaat Dan Cara-Caranya
Solat Terawih Ringkas 8 Rakaat Dan Cara-Caranya. Ramadan semakin hampir. Suasana ramadan amat dirindui. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna kepada kami sekeluarga. Semoga ramadan kali ini kita semua dilimpahi oleh rahmat dan kasih sayangNya. Insyaa Allah.

Banyak yang saya nak buat untuk ramadan kali ini. Entah bila pula kita dapat mengecapi ramadan lagi, anggaplah ramadan ini kali terakhir kita dapat mengecapinya. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna sepanjang ramadan ini.

Dan, sebagai rujukan bersama, saya sertakan solat terawih dan cara mengerjakannya secara ringkas. Khas untuk wanita yang solat terawih di rumah.

Gambar Doa Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya

Solat Terawih Ringkas 8 Rakaat Dan Cara-Caranya


Solat terawih sama macam solat fardu yang lain, cuma ia dilakukan dengan setiap 2 rakaat satu salam. 

1. Niat - usolli sunna tattarawihi raka'ataini lillahi taala

2. Rakaat pertama - al fatihah kemudian baca surah kafiruun
Rakaat kedua - al fatihah kemudian baca surah al ikhlas

3. Salam

Baca niat, dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya, 8, 16 atau 20.

Surah selepas alfatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca.

Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa di bawah ini.
Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya
Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8, 16, 20.

Baca doa solat terawih. Seperti di bawah.

Doa Tambahan Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya
Sumber - shafiq qalbu

Habis solat terawih ringkas yang anda lakukan, lakukan pula solat witir.

Solat Witir


Lakukan solat witir dengan 3 rakaat, iaitu setiap 2 rakaat diikuti salam, kemudian satu rakaat dan salam.

2 rakaat yang pertama:

1. Niat - usolli sunnatal witri raka'ataini lillahi taala

2. Rakaat pertama -alfatihah kemudian baca surah al ikhlas
Rakaat kedua - alfatihah kemudian baca surah al falaq

3. Salam

1 rakaat yang akhir:

1. Niat - usolli sunnatal witri rakaatan lillahi taala

2. Baca al fatihah - 

3. Salam

Baca doa sesudah witir. Seperti di bawah. Dibaca dalam maksud dalam BM pun boleh. Wallahu'lam.

Doa selepas solat witir

Ertinya :

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu diberi iman yang kekal, dan kami mohon kepadaMu hati yang khusyuk, dan kami mohon kepadaMu diberi ilmu yang bermanfaat, dan kami mohon kepadaMu keyakinan yang benar dan kami mohon kepadaMu amalan yang soleh, dan kami mohon kepadaMu agama Islam yang tetap, dan kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, dan kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, dan kami mohon kepadaMu kesihatan yang sempurna, dan kami mohon kepadaMu syukur di dalam kesihatan, dan kami mohon kepadaMu ketergantungan kepada manusia. Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah dari kami, solat kami, dan kerendahan kami, serta pengabdian kami, maka sempurnakanlah amal ibadah kami, ya Allah, ya Allah, Wahai Tuhan yang Maha Mengasihi dan Allah berselawat/memuji sebaik-baik makhlukNya Muhammad SAW dan atas keluarganya serta para sahabatnya sekalian. Maka segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. ”

Semoga solat terawih ringkas dan cara-caranya di atas dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan pembaca sekalian. Ramadan mubarak hendaknya.. salam penuh kasih sayang kepada muslimin dan muslimat.  

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.