Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

8 Pengajaran Terbaik Filem Munafik 2 Fiisabilillah

Filem Munafik 2 Mengajak Kita Fiisabilillah. Apakah yang dimaksudkan Fisabilillah dalam tagline cerita Munafik 2? Semua orang boleh sebut tetapi kita faham tak apa yang diperjuangkan oleh Syamsul Yusof dalam filemnya itu?

Fisabilillah dalam bahasa arab, yang bermaksud di jalan Allah. Berjuang di jalan Allah. Lebih kurang begitulah maksudnya.

So, jom lihat coretan saya selepas menonton Munafik 2 - Fiisabilillah dan baca dengan minda terbuka. Saya tak kutuk-kutuk pun, okay..

Filem Munafik 2 Mengajak Kita Fiisabilillah


8 Pengajaran Terbaik Filem Munafik 2 Fiisabilillah


Pada cuti hujung minggu sabtu, 8/9/2018 kami sekeluarga pergi menonton Munafik 2. Waktu tayangan bermula 3:20 petang. Kerja separuh hari, dan selepas kerja bergegas ke panggung wayang GSC di Paradigm Mall.


Saya order tiket secara online dengan harga dewasa RM20 dan kanak-kanak RM8. Hmm.. mahal jugak harga tiket. Minggu lepas tengok Hantu Kak Limah harga tiket dewasa baru RM12. Itu di MBO la.. 

Berbalik kepada filem Munafik 2.. apa yang anda dapat selepas menonton filem tersebut? Rasa seram?? Rasa sedih? Insaf? Atau semangat berkobar-kobar nak berjuang di jalan Allah? Berjuang untuk apa? Untuk siapa? 

Secara keseluruhan, Munafik 2 sangat cantik dan kemas garapan sinematografinya.. (eh betul ke ni?). Penggambaran dari sudut atas amat cantik. Nampak gah sangat filem ni bila buat macam tu, berangan macam tengok cerita mat saleh. Tahniah team Munafik 2.

Apa yang saya nak share adalah pengajaran yang kita boleh ambil dari filem Munafik 2, dari sudut pandangan saya sendiri..

Filem Munafik 2 Mengajak Kita Fiisabilillah

1. Memang susah nak jadi pemimpin, ustaz.. waima nak jadi imam pun perlu ada keyakinan (iman) yang tinggi, ilmu yang sentiasa diperbaharui dan dicari.

2. Selagi kita cuba mencari redha Allah, selagi itu syaitan akan sentiasa cuba menyesatkan. Kena istiqamah di atas jalanNya

3. Taufik dan hidayah itu milik Allah. Dia yang berhak memberi kepada siapa hidayahnya itu. Walau kita dah lahir dalam islam, kita sentiasa kena minta diberikan taufik dan hidayah dari Allah. Walau dah tua sekali pun, jangan putus berdoa minta hidayah Allah.. (ingat tak dialog ibu ustaz Adam..)

4. Fitnah akhir zaman terlalu banyak. Ia ada di mana-mana. Zaman sekarang ni, semua ada di hujung jari sendiri. Jadi, berhati-hatilah gunakan jari kita itu. Kerana ia akan jadi saksi di akhirat nanti

5. Bacalah al Quran. Fahami isi kandungannya. Hidup bersandarkan ajaran al Quran. Membaca al Quran boleh menjernihkan akal fikiran dan menerangkan mata. Dalam Munafik 2 terlalu banyak ayat-ayat al Quran yang boleh diamalkan sebagai amalan seharian.

6. Jangan mudah berputus asa. Allah benci hambaNya yang suka berputus asa. Syaitan suka menghasut umat manusia yang berputus asa. Sentiasa berprasangka baik kepada Allah.

7. Jangan berdendam. Bila dendam dan amarah menguasai diri, kita mudah di hasut syaitan dan iblis. Macam Azhar pembantu ustaz Adam. Kerana dendam dia menikam dari belakang (berpaling tadah) terhadap sahabat baiknya sendiri.

8. Setiap orang ada masa silam. Kita semua adalah pendosa tanpa noktah. Dan seorang pendosa boleh je menyampaikan kebaikan dan berdakwah. Sebab, Nabi pesan.. "jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi dengar apa yang dia sampaikan."

Huh.. banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari cerita Munafik 2 tu.. tapi yang pasti saya menangis beberapa kali dalam tu. Sedih.. bukan seram.. 

Tahniah kepada Syamsul Yusof dan team nya kerana telah memberikan hiburan bermanfaat kepada kami sekeluarga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close