Sebelum ini pun saya ada berkongsikan artikel-artikel berkaitan mukmin yang cemerlang dalam artikel saya. Saya berharap dengan tulisan-tulisan yang membina itu, mampu memberikan manfaat kepada kita yang sentiasa dahagakan ilmu dan motivasi untuk kekal berada di atas jalan yang diredhai.
Jalan agama ni banyak dugaannya.. kadang-kadang iman kita turun naik macam keretapi.., sebab itu perlunya kita bersahabat dengan orang yang boleh memberi nilai baik kepada kita samada ketika masih di dunia atau untuk akhirat yang kekal.
Ciri-Ciri Orang Mukmin Yang Hebat
CIRI ORANG MUKMIN YANG HEBAT IALAH ..
1. Dia meninggalkan dunia, sebelum ia meninggal dunia.
2. Dia bersedekah sampai kaya, bukan kaya baru nak bersedekah.
3. Dia berdakwah sampai alim, bukan sudah alim baru nak berdakwah.
4. Dia datang ke masjid sampai tua, bukan tua baru nak ke masjid.
5. Dia beramal sampai ikhlas, bukan ikhlas baru nak beramal.
6. Dia solat, sebelum ia disolatkan.
Dari Saidina Al-Abbas ibnu Abdul Muttalib r.a, beliau berkata, bahawasanya:
“Saya mendengar Rasulullah ï·º bersabda :
“Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah sebagai Rabbnya, dan meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad ï·º ialah seorang Rasul Allah.”
(HR. Ahmad dan Muslim)
Mudah-mudahan kita semua tergolong didalam golongan orang-orang yang diRahmati dan diberkati serta dikasihi Allah S.W.T di Samping orang-orang yang kita sayang.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.