Header Ads

Doa Buat Pengantin Baru


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Buat Pengantin Baru
Doa Buat Pengantin Baru. Selamat Pengantin Baru kepada mempelai yang selamat bergelar suami isteri. Almaklum pada hujung tahun macam ni bersamaan dengan cuti sekolah. Ramai yang menjadi raja sehari. Inilah waktunya keluarga semua berkumpul, bergotong royong melaksanakan tugas masing-masing bagi menjayakan majlis perkahwinan yang diadakan.


Hari ni pun saya baru balik dari majlis pertunangan anak sedara sulung keluarga besar kami. Majlis berjalan dengan sempurna dan insyaa Allah, ikatan keluarga kedua belah akan diperkukuhkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Semoga kedua-dua mereka dijodohkan hingga ke pernikahan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaa Allah..

Dalam meneliti gambar pertunangan mereka tadi, saya teringat untuk berkongsi doa untuk pengantin baru terutama pada waktu cuti sekolah ni bagi mereka yang sah bergelar suami isteri. 

Doa Buat Pengantin Baru


Doa Buat Pengantin Baru

Cara doa yang boleh diucapkan kepada pengantin baru.

"Barakallahu laka wa baraka'alaik
Wa jama'a bainakuma fi khair..

Maksudnya:

Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan." - HR Abu Daud , Tarmidzi dan Ibnu Majjah

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas kepada semua pembaca blog #rasadantips.com. jika nak share kepada rakan-rakan pengantin baru yang anda kenal.. dipersilakan. 

Ucapan yang baik-baik adalah doa. Semoga doa yang anda ucapkan kepada pengantin baru sekalian akan mengiringi perjalanan mereka yang baru meniti fasa baru dalam sebuah kehidupan.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.