Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khas Untuk Wanita. Inilah 4 Golongan Isteri!

Inilah 4 Golongan Isteri Yang Wanita Boleh Ambil Iktibar - Isteri solehah dambaan semua wanita muslim yang telah pun bernikah. Siapalah yang memilih untuk masuk neraka jika Allah janjikan syurga kepada isteri solehah yang patuh kepada suaminya kerana Allah Taala. Namun, tidak mudah ya untuk mengecapi syurgaNya melainkan didatangkan halangan, cabaran dan pengorbanan yang besar untuk menguji keimanan seseorang.

Nak jadi isteri yang bagaimana, kita yang memilihnya. Kalau nak jalan mudah dan nak senang je.. anda mungkin dapat apa yang dicari. Tapi, adakah ia membawa kita kepada jalan akhir yang kita harapkan?

Lagi-lagi dalam akhir zaman ni, ada je isteri yang menduakan suami, memilih jalan sendiri kerana sebab tertentu, mengejar dunia yang tak habis-habis dan banyak lagi.

Jadi, isteri yang macam mana kah kita ini? Adakah kita antara salah satu isteri daripada 4 golongan isteri yang tersenarai di bawah. Jom baca sepenuhnya perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat kepada diri saya sendiri dan juga pembaca blog saya sekalian.

Khas Untuk Wanita. Inilah 4 Golongan Isteri!

Inilah 4 Golongan Isteri Yang Wanita Boleh Ambil Iktibar


4 GOLONGAN ISTERI...

1. Isteri Siddiqin


Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin


Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin


Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik


Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga ALLAH menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena ALLAH, saling bersahabat karena ALLAH dan saling kunjung karena ALLAH."..wallahua'lam.

Sumber #facebook 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close