Header Ads

Bagimu Agamamu, Bagiku Agamaku!


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Bagimu Agamamu, Bagiku Agamaku!
Aku Agamaku, Kau Agamamu! Lakum deenukum waliyadeen... sepotong ayat dari surah al kafirun. Jelas dan nyata bahawa Allah SWT Maha Tinggi Kuasanya hinggakan dalam kitab al Quran yang di turunkan jelas menceritakan perihal hidup yang bergelumang dan bercampur dengan pelbagai anutan dan kepercayaan di atas muka bumi ini. Dalam surah al Kafirun, bercerita tentang bagaimana kita boleh saling hormat menghormati kepercayaan masing-masing.

Kamu agamamu, dan aku agamaku. Bila pegang prinsip ni, insyaa Allah.. aman damai hidup di atas muka bumi ini. Perkara sensitif dalam hidup seorang manusia adalah agamanya, kepercayaannya. Jangan berani usik ya! Memang geram dan marah bila orang lain memperlekeh agama dan kepercayaan kita.

Bagimu Agamamu, Bagiku Agamaku!


Sejak dua menjak ni, banyak sangat agenda dan propaganda orang bukan islam yang menyerang dan memburukkan penganut agama islam. Dilontarkan hinaan, cacian, kebencian terhadap muslim di seluruh dunia. Semua pukul rata kata muslim ni pengganas! Astaghfirullah.. sedangkan kita hormat pendirian masing-masing dalam anutan mereka.

Bagimu Agamamu, Bagiku Agamaku!
Surah al kafirun

Surah al Kafirun Dalam Rumi


Yaa ayyuhal kaafiruun
Laa'ak budumaa ta'budun
Walaa antum 'aabidu namaa a'bud
Walaa ana'aa bidum maa 'abattum
Walaa antum 'aabidu namaa a'bud
Lakum deenukum waliyadeen 

Terjemahan ayat


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,

2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku

Amat mendalam maksud ayat al Quran di atas. Bagi mengalahkan hujah orang kafir yang sibuk kata agama islam itu sempit, ganas, tak bertimbangrasa, menzalimi manusia dan melanggar hak asasi.. dan bermacam-macam tuduhan diskriminasi.. katakan kepada mereka, "bagimu agamamu, bagiku agamaku!". 

Indahnya jawapan yang Allah ajarkan. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui atas segalanya. Semua masalah yang timbul ada saja jawapan, panduan dan penyelesaian. Alhamdulillah..

So, sekarang senjata saya berdepan dengan orang kafir mudah saja.. kau dengan cara kau menyembah tuhan mu, dan aku dengan cara ku menyembah Tuhanku! Surah al kafirun.. indahnya kita menyelesaikan konflik agama di negara kita ini dan di seluruh dunia. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.