Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Lembap Dengan Sukatan Cawan. Nak guna car kukus atau bakar pun boleh. Guna bahan-bahan resepi yang sama. Kek oren ni makan tak jemu. Kat tempat saya kalau order nak makan untuk sekeluarga, kena tengok pada saiz. Walau bahan agak murah, tetapi bila beli dah siap, tinggal makan je. Paling murah ada yang jual RM40 dengan saiz 8 X 8 kalau tak silap, berat 1 kg. Kalau dah malas sangat nak buat sendiri, memang ginilah gayanya.. haha..

Tak apa.. kita tak pandai, ada yang lebih pakar dalam buat kek oren dan lainnya, kita beli kat dia. Inilah konsep berbagi rezeki yang bagus.. bukan hasad dengki kat rezeki orang lain tau..

Resepi Kek Oren Lembap Dengan Sukatan Cawan


Di bawah ni saya nak share resepi kek oren lembap yang amat mudah. Dah viral sana sini. Nak jugak letak resepi kat blog sendiri. Lain kali boleh buat. Betul tak?

Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1 biji buah limau - saya perah ambil jus, kulit ambil yang oren je, saya parut
1 cawan minyak - saya letak 1/2 cawan butter cair,
1/2 cawan minyak masak biasa
2 cawan gula halus - saya letak 1 cawan je
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar oren sunquick - saya tambah.

Cara-cara

1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah

2. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.

3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.

5. Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

6. Kalau kukus, guna tupperware plastik tahan panas, tuangkan adunan dan kukus dalam api besar selama 25 hingga 35 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments