Lunch Makanan Kampung & Daging Bakar Thai. Dengan order yang agak banyak, makanan lunch kami bernilai RM187.40. Siapa yang order banyak-banyak tu, dia yang kena habiskan!! Ini semua kerja anak bujang soleh 2 orang tu la, kami mak dan bapak depa tengok je apa dia orang buat. Kami jeling je.. dari satu menu ke satu menu. Lepas habis order, elok je bujang dua orang tu sebut harga nya. Redha je la.. 😇😇


Menu Yang Kami Order
Daging masak merah yang sedap, ada manis dan pedasnya ikut citarasa kami. Daging dimasak lembut dan mudah dimakan.



Daging Bakar Thai - satu set RM20.00 iaitu daging harimau menangis yang dibakar dihidang bersama salad, Suhun, 2 perisa sos yang yummy & begitulah ... melting di mulut.
Sekitar 14 set/ item yang kami order untuk 4 orang makan, dan ada set tu lengkap dengan lauk, nasi, dessert & ulaman. Tapi add on yang banyak.. hehe
Info Yang Anda Cari:
Lunch Makanan Kampung & Daging Bakar Thai
Kononnya nak cari makanan kampung je. Sepagian hanya isi perut dengan pancake, bila cecah 12.30 tengahari perut sudah mula berbunyi. Akhirnya decide nak makan menu kampung kat restoran favorite kami - Periuk Kampung.
Terung goreng berlada, di mana terung digoreng rangup dulu dan barulah dicurah/ campur dengan cili padi. Marvellous.. saya pun pandai masak terung berlada ni, selalu juga masak, memang tak membosankan.

![]() |
| Menu dalam satu dulang - Set Dahlia RM59.90 |
Akhirnya semua makanan yang diorder habis dimakan, bersih licin, tulang ikan pun tak nampak bayang. Bila kami bayar di kaunter, adik cashier senyum je sebab order banyak sampai meja tak cukup nak letak makanan. Hihi.. kenyang perut senang hati 😅🥳🥳
Alhamdulillah!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.












0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.