Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | al Ahad



Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Ahad | Al-Ahad, Yang Tunggal, Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada adik beradik, ibu bapa bagiNya. Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Dialah Tuhan yang Tunggal selama-lamanya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Ahad ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Ahad

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Ahad 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Ahad = seikhlas hati


Ertinya : 

Yang Maha Tunggal / Maha Esa/ Yang Berkekalan Selamanya – Hanya Dialah satu-satunya yang Maha Esa tiada kedua, tiada yang lain dan tidak juga boleh dibahagi-bahagikan.Ianya adalah yang tidak dilahirkan dan tunggal selamanya.

a) Sesiapa mengamalkan secara istiqmah ‘Ya Ahad’ dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah dikurniakan apa yang dihajatinya dan tidak bergantung harap kepada orang lain.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Ahad’ berulang-ulang kali sebanyak mungkin; Mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan segala kehendaknya yang mana ia tidak bergantung dan memerlukan bantuan orang lain.

c) Bagi menghindarkan diri daripada keterlaluan mencintai atau terlalu takutkepada makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT; Maka amalkanlah zikir ‘Ya Ahad’ setiap hari sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan berhasil.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close