Header Ads

Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta
Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta. Semalam kisah servis kereta. Hari ni kisah cuci kereta Black Knight ku pula.., selepas hantar baju si kecik di sekolah agama. Cuci kereta dalam 45 minit, cuci luar dan dalam. Alhamdulillah.. bersinar dah Black Knight ku itu..

Alkisah, selepas tu perut rasa kelaparan. Maka mencarilah mana-mana restoran yang berdekatan. Ya Allah.. semua restoran tutup. Ada yang buka tetapi lauk pauk dah habis. Kena serbu lah tu.. dah rezeki mereka yang berniaga.

Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta


Ketika masuk ke perut Marry Brown (MB) barisan yang nak order pun panjang. Tak pe lah, kita kena bersabar. Sebab nak layan perut kan..

Kami order Fish n Chips, chicken burger, strawberry float. Dan nak order Cheezy cheese tapi dah sold out! Ha.. kan dah kata semua outlet makanan sold out.. hehe

Nah tengok apa yang kita order..

Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta

Set Fish n Chips.. fishnya rangup dan sedap. Tak muak. Harga RM13.95. Sosnya sedap.. yummy!!

Lunch Fish n Chips Di Marry Brown, Selepas Cuci Kereta

Chicken burger pun sedap, order satu je.. kita orang share. Harga RM5.05, kalau tak silap



Nampak tak 2 cawan air.. itu strawberry float. Cari-cari tak ada straw, maka minum air pakai sudu besi. Haha.. memang rare..

Esok dah puasa. Selamat berpuasa semua. Semoga kita dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. Puasa ini untuk kita.. semua pahala untuk kita. Maka, istiqamah hingga ke hujung ramadhan ya..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.