Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut, Sedap Dan Kari Kaki Ayam

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut, Sedap Dan Kari Kaki Ayam. Kalau anda tak pernah lagi makan kari kaki ayam, mehlah cuba. Saya pun dulu tak suka, tapi sejak makan roti jala dengan kuah kari kaki ayam.. sedap rupanya. Lepas tu, kaki ayam masak sampai dekat hancur. Bila nak ratah tak sakit gigi.. hehe

Sempena ramadhan yang mulia ni, saya nak share roti jala yang sedap dengan kuah kari kaki ayam. Sila share kepada rakan-rakan supaya sama-sama kita dapat makan juadah buka puasa yang ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.


Berbuka Puasa Dengan Roti Jalan Lembut, Sedap Dan Kari Kaki Ayam


Oleh kerana sejak dari bulan tak puasa saya suka sarapan roti jala, maka untuk berbuka hari pertama ni saya nak buat roti jala dengan kari tulang dan kaki ayam. 

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut, Sedap Dan Kari Kaki Ayam

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut, Sedap Dan Kari Kaki Ayam

Roti Jala


Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.


2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari tulang ayam. 

Kari Kaki Dan Tulang Ayam


Bahan bahan:

1/2 kg kaki ayam
1 cawan tulang ayam
3 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia
1 batang kulit kayu manis
Garam
Gula
Asam keping
Santan secukupnya

Cara cara:


1. Panaskan minyak dan masukkan bawang bawang dan halia yang dihiris serta kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kari yang tidak dibancuh dengan air dan goreng dengan cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air.

3. Masukkan kaki dan tulang ayam ke dalamnya dan goreng sehingga air kering dan keluar minyak.

4. Setelah itu, baru masukkan santan dan masaklah sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan asam keping.

5. Perlahankan api dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Selamat mencuba menu berbuka hari pertama iaitu roti jala lembut dan sedap dengan kari kaki ayam. Sedapnya!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close