Header Ads

Popiah Goreng Inti Sardin Mudah Je Nak Buat


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Popiah Goreng Inti Sardin Mudah Je Nak Buat
Popiah Inti Sardin Mudah Je Nak Buat. Antara kepandaian saya adalah buat popiah goreng. Inti apa pun tak kisah, buat je lah.. senang je nak buat adik-adik semua. Kalau tak pandai buat, meh tolong ibu bapa kat dapur gulung popiah nak di goreng waktu berbuka nanti.

Kalau beli di bazar ramadan, 1 ketul popiah sardin contohnya berharga RM0.50. Taklah besar mana, comel je pun saiznya.

Kalau ahli keluarga kuat makan, buat lebih baik daripada beli. Lebih jimat dan boleh makan sepuas hati, betul tak?

Popiah Goreng Inti Sardin Mudah Je Nak Buat

Popiah Goreng Inti Sardin Mudah Je Nak Buat


Bahan - Bahan:

1 tin besar sardin (lenyek2 hingga hancur)
3 ulas bawang merah (tumbuk/ cincang)
1 ulas bawang putih (tumbuk/ cincang)
2 biji kentang saiz sederhana (dadu kecil dan rebus hingga empuk)
1-2 sudu besar cili giling
Minyak
Kulit popia secukupnya

Cara-Cara penyediaan:


✔Panaskan minyak, masukkan serai, bawang merah, bawang putih.Tumis hingga sedikit layu.Masukkan tomato. Kacau lagi.

✔Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sardin. Kacau sebati (kacau hingga agak kering sedikit). Tutup api

✔Biarkan inti popia sejuk. Barulah dihulung ke dalam kulit popia. Suka hati korang la nk gulung camana

Nota: Tak perlu masukkan garam dalam resepi, memadai rasa masin sardin tu. Takut terlebih masin sebab jenis kering inti tu..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.