Ada ke cara nak kejutkan orang bangun sahur dengan mudah? Iya la.. dengan sekali panggil dah bangun dan terus basuh muka. Ada kala hingga nak masuk waktu imsak masih lagi duduk mamai dan tak boleh buka mata.
Petua Mudah Bangun Sahur
Sebenarnya samada kita susah atau senang nak bangun awal pagi makan sahur adalah terletak pada niat kita, kenapa kena bangun sahur. Bukan sebab semata-mata nak makan dan minum buat alas perut sepanjang siang nanti, tetapi sebab dalam bersahur tu ada berkatnya.
Sebelum makan sahur adalah masanya dan waktunya doa-doa kita dimakbulkan. Paling mujarab orang kata... tak nak Allah terima doa-doa kita? Inilah waktunya kita memohon ampunan, rahmat, kasih sayang Allah berserta taufik dan hidayahNya agar kita terus dihidupkan dalam cahaya iman dan taqwa.
1. Tidur awal dengan niat nak bangun di sepertiga malam nanti untuk merebut waktu bersendirian dengan Allah. Insyaa Allah mudah lah bangunnya nanti
2. Jangan minum air batu atau ais ketika berbuka. Bila minum ais, badan jadi letih. Nak bangun pun esok pagi pun berat je badan tu..
Jangan minum air batu ketika berbuka. Nanti susah nak bangun sahur! Ingat ya.. kalau nak juga, minunlah sedikit saja ..
3. Letakkan jam loceng di tepi telinga anda. Make sure letak bunyi yang maksima dan paling panjang. Pasti akan bingkas bangun kerana terkejut.
4. Sediakan menu yang segar dan disukai keluarga. Sebelum tidur, tanyakan dulu esok sahur nak makan apa? Jika kita sediakan makanan ikut kehendak mereka, insyaa Allah nak bangun pun bersemangat.
Jomlah cuba buat!!
Petua bangun sahur dengan mudah

Setakat ni takde masalah nak bangun sahur.
ReplyDelete