Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Syaitan Istimewa Yang Tidak Dirantai Ketika Ramadhan

Syaitan Istimewa Yang Tidak Dirantai Ketika Ramadhan. Ada ke syaitan yang tidak dirantai ketika ramadhan? Pelik bunyinya kan.. bukankah dalam bulan ramadhan semua syaitan dirantai? Pintu neraka ditutup dan dibuka semua pintu syurga? Kerana Allah kata, ramadhan ni adalah untukmu, rebutlah sebanyak dan seluas mana pintu ampunan dan taubat. Mintalah apa pun, pasti Allah makbulkan kerana pintu langit terbuka sepanjang masa untuk mengangkat doa-doa kita ke atas sana. Subhanallah..

Tapi masih ada syaitan yang tidak diikat? Yang dilepaskan? Siapakah syaitan istimewa itu?

Marilah kita baca sebuah renungan di bawah ini, yang saya kongsikan daripada facebook, yang boleh dijadikan tauladan kepada kita semua. 

Syaitan Istimewa Yang Tidak Dirantai Ketika Ramadhan


Syaitan Istimewa Yang Tidak Dirantai Ketika Ramadhan


'SYAITAN ISTIMEWA' YANG TIDAK DI RANTAI TIKA RAMADHAN

Bertanya seorang murid pada gurunya; 

"Jika semua syaitan telah dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih wujudnya lagi maksiat2 pada sebilangan besar dari manusia?". 

Lalu gurunya menjawab; 

"Sesungguhnya ramai dikalangan manusia sering menyalahkan syaitan atas maksiat-maksiat yang mereka lakukan. Maka hikmah yang Allah SWT ingin zahirkan di bulan Ramadan adalah untuk menjelaskan bahawa maksiat itu bukanlah datang dari syaitan, bahkan ianya adalah datang dari diri manusia itu sendiri". 

"Terbelenggunya syaitan-syaitan di bulan Ramadan adalah supaya manusia dapat tahu & sedar akan hakikat dirinya sendiri.Kerana boleh jadi dirinya sendiri itulah adalah syaitan yg mana tidak memerlukan syaitan yang sebenar pun untuk merosakkan dirinya". 

"Andai kamu ingin mengenali hakikat diri kamu yang sebenar, maka kenalilah dirimu itu sendiri di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kerana syaitan-syaitan sudah tentu kesemuanya telah dibelenggu dirantai dan yang tinggal hanyalah dirimu sahaja semata2 !!".

Gurunya itu kemudian menyambung bicara; "Andai lidah kamu masih gemar berkata nista, andai tangan kamu masih gemar berbuat keji, andai telinga kamu masih gemar mendengar laqha, andai mata kamu masih gemar kepada yang haram, maka tudinglah semua kesalahan itu pada dirimu sendiri". 

"Dan andai kamu adalah orang yang suka mengajak, mempengaruhi & merangsang orang lain supaya berbuat keji, berkata nista, membina permusuhan, perseteruan, perkelahian, provokasi, kondem orang, mengata-ngata, adu domba, bongkak, angkuh, hasad dengki, merasa diri yang paling bagus, suka memecah belah, suka menimbulkan fitnah, suka berbuat lagha, maksiat & perkara yang keji serta haram yang lain seumpamanya, maka sedarlah bahawa diri kamu sendiri itu adalah merupakan 'syaitan istimewa' yang tidak di rantai pada bulan puasa ini !!". 

"Lebih-lebih lagi jika yang menjadi syaitan itu adalah ahli ilmu, talib ilmu dan agamawan alim setara mana sekalipun.... 

Adakah dapat diterima akal untuk digalaskan segala tugas-tugas menegakkan agama yàng mulia ke atas bahu syaitan-syaitan yang keji ?!!". 

Hasbunallah wani'mal wakil.. 

Credit: Ibn Shihab al Dimashq


Ulasan admin;

Ternyata yang dinamai "syaitan istimewa" itu adalah diri kita sendiri, diri yang masih dihantui syaitan walau syaitan telah diikat. Takutnya ya Allah. Hantarkan ke dalam hati-hati kami ya Allah dengan cahaya taufik dan hidayahMu agar kami tidak menjadi sebahagian syaitan istimewa yang melingkari tubuh kami. Pilihlah kami antara hambaMu yang terbaik dalam melaksanakan ibadah puasa ini. Aameen ya Allah. Puasa yang barakah penuh rahmat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close