Header Ads

Doa Mohon Benci Melakukan Maksiat


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Mohon Benci Melakukan Maksiat
Doa Mohon Bencikan Maksiat. Doa mohon kepada Allah supaya kita berhenti melakukan maksiat. Setiap orang pasti ada datang rasa benci melakukan maksiat. Rasa lelah dengan segala kegiatan tak bermoral dan segala kemungkaran yang dilakukam berulang kali. Bila timbul rasa benci dan mual dengan maksiat, itu tandanya hati kita telah dijentik dengan taufik dan hidayah Allah.

Alhamdulillah.

Bersyukurlah. Kita masih dipilih untuk menggapai jalan lurus, jalan untuk kembali.

Bila kita terbiasa melakukan maksiat dan kemungkaran, tetapi Allah masih beri apa yang kita minta. Itu namanya istidraj. Allah dah tak sayang kita lagi. Na'uzubillah.. semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dibenci Allah.


Doa Mohon Berhenti Melakukan Maksiat


Doa Mohon Benci Melakukan Maksiat

"Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya maka amalkanlah doa ini..

Doa Waliyullah Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah. 

 اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ. " 

Allahumma Harrimni Lazzata Ma'siyatika, Warzuqni Lazzata Too'atika

Maksudnya:

"Ya Allah, Haramkan ke atasku merasa Lazat akan melakukan Maksiat kepadaMu, dan Kurniakan aku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu "

Amalkanlah doa mohon dibencikan hati kita untuk mengulangi maksiat dan kemungkaran lagi. Sentiasa istiqamah mencari jalan pulang. Setelah Allah beri kita peluang, manfaatkanlah ia sebaiknya. Jangan pandang belakang lagi. Usah ditoleh kisah silam. Bergerak ke depan dan kejarlah nur Illahi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.