Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pilihlah Lelaki Yang Baik Agamanya

Pilihlah.. lelaki yang baik agamanya. Insyaa Allah, lelaki yang baik agamanya datang dari latar belakang susur galur keluarga yang mengamalkan suruhan Tuhan dengan taat. Dari mana datangnya asas ilmu agama yang disandang itu jika bukan dari asuhan di rumah, kemudian barulah didapati lagi ilmu agama yang semakin baik dari pendidikan di sekolah, didikan guru-guru, ustaz-ustaz dan seterusnya. Maka, mencari lelaki yang tinggi agamanya dah jadi satu kemestian dah pada akhir zaman ini. Kena cari sampai jumpa. Uji dahulu sebelum "proceed" ke peringkat hubungan yang lebih serius.

Maka, peranan ibubapa zaman sekarang amatlah sukar. Terutamanya jika ramai anak lelaki. Walau saya hanya ada 2 anak dan kedua-duanya lelaki.. sukarnya nak melentur mereka apabila sudah agak besar. Tetapi, dengan niat dan kesabaran yang betul, insyaa Allah, kita akan dapat hasilkan seorang imam dalam keluarga, rumahtangga, ketua dalam jabatannya, atau berjaya menghasilkan ketua bagi dirinya sendiri.

Pilihlah! Lelaki Yang Baik Agamanya


Siapa yang tak mahukan seorang lelaki yang baik agamanya untuk menjadi teman sepanjang perjalanan dan kembara di bumi Allah ini.?

Jika anda dapat sahabat yang baik akhlak dan tinggi agamanya, maka peganglah ia! Jangan lepaskan tali persaudaraan itu!

Pilihlah Lelaki Yang Baik Agamanya

Pilihlah lelaki yang baik agamanya. Jika dia marah dia tidak akan menghina. Dan jika ia cinta, ia akan memuliakannya.

Lelaki yang baik memang dah susah nak jumpa. Kalau ada pastilah dah jadi rebutan ramai anak gadis di luar sana.

Namun jika anda serahkan hati itu dan biarkan Allah yang tentukan, insyaa Allah.. pasti ada lelaki yang baik yang Allah sediakan untuk anda. Usah bersedih jika belum dikurniakan pasangan hidup. Ada tu.. nanti saat kau perlu, Allah akan hulurkan pertolongan kepadamu.

Lelaki yang baik agamanya, inysaa Allah baik juga akhlaknya. Macam mana nak nilai akhlak lelaki? Lihat pergaulan dengan ibu dan ayahnya, kemudian lihat pula hubungan akrab dengan adik beradiknya. Intai pula hubungan persahabatan dalam pergaulannya.

Insyaa Allah, lelaki yang baik agamanya akan memilih persekitaran pergaulannya, menghadkan diri dari pergaulan bebas, akan memilih rakan lelaki yang dari kalangan yang membawa aura kebaikan, walau tidak berkopiah atau berserban.

Sebagai seorang ibu, selalu saya berpesan pada 2 anak lelaki saya.. "kamu lelaki, bakal imam dalam keluarga, maka peganglah al Quran dan sunnah dalam menentukan perjalanan kehidupanmu. Dari luar atau dalam diri, kamu adalah pendakwah. Berdakwah umpama kamu nak memperbaiki diri sendiri jadi lebih baik, terbaik dari sehari ke sehari. Terbaik pada siapa? Kepada PenciptaMu!"

Sebab itu saya selalu pesan, nasihat, marah anak-anak saya.. agar tingkatkan ilmu agama walau di mana kamu berada. Merantaulah jika perlu, kerana ia akan membawamu kepada pengajaran hidup yang ibubapamu tak dapat berikan ketika kamu berada di dalam rumah.

Maka, untuk mencari lelaki yang tinggi agamanya semakin kritikal pada zaman ni. Setiap wanita atau lelaki sekalipun.. bergaullah dan dampingilah lelaki yang baik akhlak dan tinggi agamanya.

Insyaa Allah, hidup akan jadi lebih baik dan indah dengan lindugan dari rahmat Allah. Kita berusaha dan berdoa, setiap satunya pasti Allah makbulkan dalam setiap langkah yang kita jalani. Diberikan pada waktu kita perlu.

Allhuakbar..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close