Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Shopping Vivo V15 Pro Di Go Shop, Dapat Percuma Penimbang Berat Dan Wireless Headset & Camera Stand

Shopping Vivo V15 Pro Di Go Shop, Dapat Percuma Penimbang Berat Dan Wireless Headset & Camera Stand. Selain itu dapat juga poskad dengan sign Dato Seri Siti, dan juga lain-lain free gift bila beli dari GoShop ketika tempoh promosi hari tu. Ada dalam seminggu juga barang nak sampai.

Bila Vivo V15 Pro sampai, semua barang dalam keadaan elok. Alhamdulillah.

Shopping Vivo V15 Pro Di Go Shop, Dapat Percuma Penimbang Berat Dan Wireless Headset & Camera

Saya beli phone baru bagi gantikan Asus saya yang 2 tahun lebih.. ini phone untuk kerja sahaja, untuk family guna phone lain, lebih eksklusif.

Shopping Vivo V15 Pro Di Go Shop, Dapat Percuma Penimbang Berat Dan Wireless Headset & Camera Stand


Vivo V15 Pro dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SDM675 Snapdragon 675 (11 nm) dengan RAM 6 / 8GB, 128GB ROM. Peranti ini juga mempunyai skrin sentuh kapasitif Super AMOLED 6.39 inci (1080 x 2316 piksel, 404 ppi). Ia mempunyai Triple: 48 MP, f / 1.8, 1/2 ", 0.8μm, PDAF + 8 MP, f / 2.2, 13mm (ultrawide) + kamera belakang 5MP dan menyokong Wifi, NFC, GPS, 3G dan 4G LTE. Ia dibungkus dalam bateri Li-Po 3700 mAh yang tidak boleh ditanggalkan pada ketebalan peranti 8.2mm dan berat 185g, dengan pada Android 9.0 (Pie); Funtouch 9.

Vivo V15 Pro merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Vivo, dan telah mula dijual di Malaysia pada harga RM1799. Ia hadir dengan sokongan tri-kamera 48-megapixel dibahagian belakang, dan menariknya Vivo turut menggunakan sokongan kamera periskop untuk rakaman swafoto.
Shopping Vivo V15 Pro Di Go Shop, Dapat Percuma Penimbang Berat Dan Wireless Headset & Camera
Warna merah maron pilihan saya, Vivo V15 Pro

Sewaktu saya beli dari Goshop hari tu, ia di jual pada harga RM1,234.00. Ketika itu harga pasaran di Malaysia masih belum diumumkan lagi.

Antara FREE GIFTS AT GO SHOP :
🎁 Dato Sri' Siti Nurhaliza Postcard 
😍 Vivo Weighting Scale 
🌻 Wireless Headset & Camera Stand 
🎀 Vivo USB Speaker

Untung lah sesiapa yang tengok Go Shop live dengan Dato' Seri Siti pada 2 minggu lepas dan dapat beli pada harga tawaran awal. Untung juga saya.. hehe

Sekarang harganya adalah dari RM1,499.00 hingga RM1,799.00.

So, sesiapa yang nak beli smartphone baru, bolehlah jeling-jeling kat Vivo V15 Pro. Bukanlah promosi atau dapat handphone free bila saya terbitkan artikel ni, cuma nak share kegembiraan dapat free gift dari pihak Vivo..

#Vivo V15 Pro

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close