Header Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Somad


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Somad



Berdoa Dengan Asmaul Husnaa as Somad | As-Shomad, Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

Maka berdoalah dengan asmaul husna as Shomad ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Somad

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | As Shomad 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Somad = 313 kali


Ertinya : 

Yang Maha Diperlukan/ Tempat Meminta / Yang Maha Menjadi Tumpuan – Tempat bergantung bagi semua makhlukNya, tempat bergantung harap bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting dan perlu diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihilangkan. Iaitu selalu menjadi tempat tujuan dan harapan orang di waktu ada sesuatu hajat dan keperluan.
a) Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka mohonlah kepada Allah SWT dengan zikir ‘Ya Somad’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah diri akanberasa segar sentiasa.

b) Untuk memohon apa saja yang dihajati. Dibacakan ‘Ya Somad’ sebanyak 313 kali setiap hari, yang dilakukan dalam keadaan berpuasa selama tiga hari, InsyaAllah akan dikabulkansegala macam hajatnya.

c) Sesiapa menyebut ‘Ya Somad’ berulang-ulang dalam keadaan berwuduk, InsyaAllah akan ditunaikan kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan/ perlukan bantuan orang lain.

d) Sesiapa yang sujud pada waktu sahur dan mengulangi menyebut ‘Ya Somad’ sebanyak 15 kali, InsyaAllah akan diberikan kepadanya kebenaran yang sangat bernilai. 

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.