Dengan BK ini, saya dah berani berdikari. Boleh pergi meeting sendiri tanpa perlu ambil teksi atau di tunggu Encik suami. Boleh pergi shopping bila-bila masa walau suami tak dapat temankan. Boleh pilih "me time" sendiri sebagai terapi diri setelah seminggu bekerja tanpa lelah..
Jasamu tetap dikenang BK. Kaulah semangat jiwaku! Bukti kerja keras dan sebagai hadiah kepada diri sendiri. Hadiah yang akan bersamaku selagi terdaya. Bk sebagai pembangun jiwa saya jika terasa nak tumbang. Oleh kerana dugaan dan halangan yang mendatang.. semoga "jodoh" kita sehingga ke hujung nyawa. Insyaa Allah.
Throwback Bersama Black Knight, Semangat Jiwaku!
Black Knight! Kereta pertama saya setelah berbelas tahun dapat lesen. Kereta yang membawa semangat baru kepada saya untuk terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Black Knight - Honda Civic 1.8s keluaran tahun 2017. Warna hitam berkilat. Warna pilihan saya. Biar hitam tapi menawan.


Dah dekat 2 tahun Black Knight ini bersama saya, susah dan senang serta panas berhujan. Dialah teman setia saya.

Jasamu tetap dikenang BK. Kaulah semangat jiwaku! Bukti kerja keras dan sebagai hadiah kepada diri sendiri. Hadiah yang akan bersamaku selagi terdaya. Bk sebagai pembangun jiwa saya jika terasa nak tumbang. Oleh kerana dugaan dan halangan yang mendatang.. semoga "jodoh" kita sehingga ke hujung nyawa. Insyaa Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.