Header Ads

6 Kebaikan Bila Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Harian


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. 6 Kebaikan Bila Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Harian
6 Kebaikan Bila Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Harian. Banyak makan gula boleh kena kencing manis. Itu memang kesannya yang senang nampak dan banyak bukti. Kalau budak-budak banyak makan gula pula jadi hyper. Itu pun terbukti. Dah tengah malam pun masih panjat TV dan kusyen. Hehe..

Cara diet paling mudah adalah dengan kurangkan gula dalam makanan atau masakan kita. Kurang ambil gula, berat akan turun dengan mudah. Ini pun terbukti. Macam abang saya, dia nak kurus pun senang. Tengok seminggu dua dah hilang buncit perut dia... tapi adik-adik dia yang degil nak tinggal gula. Haha..


6 Kebaikan Bila Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Harian


Dalam gambar di bawah, ada dinyatakan 6 kebaikannya bila anda kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian. Jom tengok.

6 Kebaikan Bila Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Harian

Apa akan jadi? Jika anda kawal gula yang anda ambil..

1. Mood lebih terkawal
2. Mengurangkan risiko kanser
3. Turun berat badan
4. Kulit bertambah baik
5. Sistem imun bertambah baik
6. Lebih bertenaga

Bila lihat kebaikan hidup bila kurangkan gula dalam urusan harian kita. Badan jadi sihat, mata terang, dan urusan harian berjalan dengan lancar.

Buat apa nak sakit-sakit kalau boleh sihat! Ya tak?

Banyak bukti menunjukkan orang yang kurang ambil gula, minum kopi atau teh pahit.. memang kurus-kurus dan berkulit cantik.

Memang kena displin jika nak sihat. Kurangkan pengambilan gula dalam masakan dan menu harian kita.

2 comments:

  1. Azhan: mula2 mmg susah kalau minum air kurang gula.. dah lama baru boleh terima.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.