Header Ads

Resepi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah
Resepi Agar-Agar Santan Pandan. Agar-agar atau dipanggil lengkung dalam sesetengah tempat, merupakan dessert yang paling digemari kerana mudah nak buat dan murah pulak tu. Jikalau dulu, bonda saya akan buat lengkung sirap bila ada majlis yasinan atau kenduri tahlil. Sekejap je nak sediakan dan senang. Kalau tak habis makan, simpan dalam peti sejuk. Mudah kan?.Namun sekarang, lengkung atau agar-agar dah dinaiktaraf dan jadi semakin cantik. Contohnya, agar-agar santan yang saya nak share resepinya di bawah ini.

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Sebelum bagi resepi, kita layan gambar agar-agar santan pandan ni dulu. Warna hijaunya sungguh memikat. Sedap dan lemak berkrim. Tak boleh makan selalu nanti tak nak berhenti. Hehe.. tak baik untuk kesihatan terutama yang ada kencing manis.

Resepi Agar-Agar Santan Pandan


Resepi agar-agar santan pandan ni saya share dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Semoga anda yang suka mencuba resepi, dapat manfaat dari resepi yang dikongsikan.

Bahan-bahan:

20 gram Agar-agar tali
1 kotak Santan segar
1 biji Telur size C
1 cawan Gula
5 cawan Air
Perisa pandan 2 sudu kecil (guna tudung botol perisa tu je)
Pewarna epal 1 sudu kecil (guna 1 tudung botol jugak)
Esen vanila 1 sudu kecil (guna tudung botol esen)

Caranya-caranya:

1. Basuh agar-agar dan kemudian panaskan dalam periuk, kacau sampai larut/ cair.

2. Dah mendidih dan larut agar-agar, boleh masukkan gula 1 cawan, kacau-kacau sampai sebati.

3. Kemudian masukkan perisa pandan, pewarna epal dan kacau lagi.

4. Pecahkan telur dalam santan, kacau guna garpu je. Kacau sampai lembut dan rata. Lepas tu terus masukkan dalam periuk yang sedang mendidih.

5. Masukkan juga esen vanila, dan kacau lagi hingga sebati.

6. Kacau sekejap dan biarkan mendidih sampai meruap hingga hampir ke permukaan periuk tu terus tutup api. Jangan kacau lagi.

7. Masukkan dalam bekas atau dulang. Boleh golek-golek kiri kanan bekas perlahan, taknak pun takpe. Dan biarkan sejuk.

8. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam peti ais, untuk lebih sedap. Siap!๐Ÿ˜‹

Selamat mencuba!!

By Hasmunierni Mohamad via MAHN

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.