Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Marble Untuk 1 Loyang Saiz 5 Inci

Resepi Kek Marble Untuk 1 Loyang Saiz 5 Inci. Hihi.. best tak tajuk post saya kali ni. Nak mudahkan orang cari resepi untuk makan kek marble sendiri, tak buat banyak. Buat 1 loyang yang saiz 5 inci tu je. Kalau yang nak berniaga, resepi bahan-bahan kena gandakan lah..
 
Resepi Kek Marble Untuk 1 Loyang Saiz 5 Inci

Resepi Kek Marble Untuk 1 Loyang Saiz 5 Inci

Resepi kek marble untuk 1 loyang ni, bahan-bahan dia pun sikit-sikit je. Kalau baru nak buat bagus sangat la ni, sesuai untuk wanita muda yang baru nak belajar buat kek. 

Resepi Kek Marble Untuk 1 Loyang Saiz 5 Inci


Bahan bahan: 

3 biji telur gred A 
100 gm gula pasir 
100gm tepung gandum 
30 ml air paip 
30 ml butter cair 
1 sudu teh ovelet 
1 sudu teh serbuk penaik 
1 sudu teh perisa vanila 

Cara cara buat kek marble untuk 1 loyang saiz 5 inci



1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali butter cair 

2. Putar semua bahan sehingga gebu dan berkrim sampai adunan jadi dua kali ganda banyak.

3. Masukkan butter cair dan pukul dengan speed perlahan sampai sebati. 

4. Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Untuk warna coklat masukkan satu sudu serbuk koko. 

5. Tuang adunan selang seli ke dalam loyang bersaiz 5 inci yang dah disapu minyak. 

6. Bakar suhu 180°c selama 20 - 30 minit atau sehingga kek masak. Lepas dah masak terbalikkan atas redai, biarkan sejuk baru potong. 

Nota: 

Kalau ikut resepi asal, cuma dapat 1 loyang saiz 5 inci sahaja. Saya tak pakai butter, saya memang peminat tegar marjerin. And mostly of my customers pun tak makan butter. So boleh tukar butter kepada marjerin, tak kisah brand apa, pelangi ke planta ke asalkan marjerin. 

Harga jualan utk saiz 5 inci ialah rm10 sebab saya cuma guna marjerin, yang mana guna butter boleh jual mahal sikit. 

Kredit suraya yaakob Facebook

So, silakan mencuba resepi yang saya share di atas iaitu resepi kek marble untuk 1 loyang saiz 5 inci. Tak lebih dan tak kurang. Tak la membazir namanya.. Buat ngam-ngam ikut sukatan dan bahan..

Good luck!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close