Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000. Alhamdulillah.. Bulan Februari yang lepas saya belikan hero sulung saya rumah flat 3 bilik pada harga yang agak murah. Harga asal rumah tersebut adalah RM50,000. Tetapi disebabkan dah lama tak terjual dan lokasi di tingkat lima (paling atas) dan tak ada lif, maka harga telah turun. Dah rezeki anak saya agaknya, walau dia masih belajar di Matrikulasi, dapat memiliki rumah sendiri. Memiliki harta sendiri. Mulanya saya sangka dia tak berminat, tetapi bila dia kata setuju.. Terus saya mohonkan dengan kerajaan negeri Johor.

Bila dah dapat surat tawaran, fikir pula nak beli guna cara apa? Tunai atau ambil pinjaman bank? Setelah berbincang, kami sepakat beli secara tunai. Jadilah kami bayar rumah flat anak sulung tu dalam tempoh 3 bulan. Secara tunai.

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000

Ilustrasi rumah flat dari bahagian dalam rumah. Saiz 650 sq ft. 3 bilik dengan 2 bilik air. Gambar sekadar hiasan. Tapi gambaran sebiji rumah flat yang anak saya beli dikawasan yang sama.

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000

Contoh rumah yang telah dihiasi dengan perabot ringkas, langsir dan tikar getah.

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000


Semasa belikan flat tersebut, ingat nak suruh si bujang ni deko sendiri bila dia habis matriks bulan April yang lepas. Kami sangka boleh lah belajar di UTM dekat dengan rumah dan minta dia maintain sewakan rumah tersebut.


Tetapi.. dia tak minat dengan bidang engineering yang banyak course di UTM.

Dah rezeki dia, dapat pula sambung degree di Mesir dalam bidang perubatan. Hantar la jugak, sebab dah itu cita-citanya sejak kecil.

Dan hari ini, bertarikh 25/9/2019, geran asal rumah flat pun dah ada dalam tangan. Tercatat nama hero sulung ni dalam tu. Sukanya dia.. umur 19 tahun dah ada property walau modal mak bapak yang bayar, hihi..

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30,000 



Jika satu hari nanti dia nak buat business, boleh juga buat modal berniaga harta tu. Ya tak?

Alhamdulillah. Rezeki dia.

Since dia dah further study ke Mesir, maka saya akan uruskan penyewaan rumah tersebut. Di kawasan tersebut, sewa tingkat 5 sekitar RM500 hingga RM600, dengan sedikit perabot asas..

Lepas juga untuk duit saku anak di Mesir nanti. Insyaa Allah.

Semoga urusan kita dipermudahkan. Semoga anda yang belum ada rumah sendiri, jangan segan beli harta bermula dengan flat atau apartment dahulu. Jika ada rezeki lebih, boleh uograde ke landed property.

Betul tak?☺🌹

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close