Header Ads

Jangan Jadikan Rumahmu Seperti Kuburan!


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jangan Jadikan Rumahmu Seperti Kuburan!
Jangan Jadikan Rumahmu Seperti Kuburan!. Cantik dan megah tetapi muram tak bercahaya. Indah di luaran tetapi tidak dikunjungi oleh Malaikat. Tiada ruh ketenangan di dalamnya. Mengapa jadi macam itu? Kenapa rumah mewahmu seperti kuburan kelihatan sedih dan suram.

Kerana kamu tidak menghiasinya dengan alunan bacaan dari al Quran. Jadi, sinarilah ia dengan bacaan al Quran dan zikir kepada Allah. Perbanyakkan orang yang mengingati Allah di dalamnya.

Jangan Jadikan Rumahmu Seperti Kuburan!

Jangan Jadikan Rumahmu Seperti Kuburan!


Rasulullah SAW ada mengingatkan kita ; 

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan.” [HR Muslim] . 

Apakah sifat bagi "kuburan" itu? Gelap, sunyi, tidak ceria, tidak seronok untuk dikunjungi dan yang paling utama adalah penghuni kuburan itu adalah dari kalangan orang orang yang telah mati. . 

Maka begitulah yang disifatkan oleh Rasulullah SAW pada rumah-rumah yang tidak dibacakan di dalamnya ayat-ayat suci Al Quran.. Mungkin benar, secara zahirnya rumah rumah yang tidak dibacakan ayat ayat suci Al Quran itu kelihatan ceria, meriah serta suasana yang kelihatan seronok untuk dikunjungi, namun hakikatnya rumah-rumah itu sebenarnya kosong tanpa ruh Al Quran dan jauh dari Rahmat Allah SWT. 

Ketahuilah Al Quran itu adalah An Nur (cahaya Ilahi) yang menerangi segenap penjuru kehidupan manusia. Ia juga sebagai Al Furqan, iaitu pembeza antara kebenaran dan kebatilan. Disamping itu juga, Al Quran adalah Az Zikr (Ingat) yang sentiasa dibaca berulang-ulang untuk mengingati Allah SWT. 

Maka, apabila Al Quran itu tidak dibacakan di dalam rumah, mana mungkin penghuni yang ada di dalam rumah itu akan diterangi jiwanya dengan cahaya Ilahi? Mana mungkin penghuni rumah itu pula mampu untuk membezakan diantara perkara yang benar dan perkara yang salah? Dan pastinya penghuni rumah itu pula menjadi malas untuk mengingati Allah SWT. 

Lalu apabila ketiga-tiga elemen An Nur, Al Furqan dan Az Zikr ini tidak terdapat di dalam rumah, maka jauh pulalah daripada Rahmat atau kasih sayang Allah SWT. 

Apakah kita mengira rumah yang dipenuhi oleh hiburan yang melalaikan dan merosakkan jiwa serta jauh dari mengingati Allah SWT itu sebagai rumah yang mendatangkan bahagia? 

Tidak! 

Ia sebenarnya hanyalah kesenangan yang menyeronokkan hawa nafsu sementara, sebelum berdepan azab di akhirat kelak. 

Oleh itu, jangan kita tinggalkan Al Quran. 

Perbanyakkanlah membacanya dengan berulang ulang di dalam rumah-rumah yang kita diami. Wallahu'alam. 

Sumber: Telegram tazkirah ringkas


Semoga bermanfaat kepada semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.