Header Ads

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa
Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa. Jangan main-main ketika berdoa. Kita tak tahu dalam tak berhenti berdoa tu, yang mana satu doa kita Allah kabulkan. Mesti kita tak sangka, dalam kita tak sedar doa kita yang dah berminggu dulu, termakbul saat kita sedang memerlukan. Doa tak semestinya diperkenan on the spot, ada rintangan yang mesti diredahi demi meningkatkan keyakinan dan kesabaran kita. Itulah rahsianya. Ada orang tak sabar. Sebulan dua berdoa, bila Allah tak makbulkan doa-doanya, dia berhenti dari berdoa. Dia mula putus asa. Dia mula berhenti berharap.

Bukankah dunia ini milik Allah? Bila-bila masa doamu boleh dimakbulkannya. Tetapi mengapa ia ditangguhkan? Mengapa tidak semua doa-doamu dimakbulkan serentak? Mengapa Allah mengujimu? Percayalah.. teruskan berdoa. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak naikkan darjat kamu berbanding orang lain. Bukankah itu hadiah yang tak pernah kamu bayangkan? Maka yakinlah ketika berdoa, dan setelah itu bersabarlah. Allah akan tunaikan harapan dan doamu di saat yang kamu amat perlukan.

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa


Oleh itu, berdoalah dengan betul. TUKAR CARA KITA BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa

1. Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Fahamkan?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah: . " Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

2. Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku...".

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, . " Ya ALLAH kurniakanlah aku..." Kerana apa? Jika kita sebut "beri" maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut "kurnia" maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

3. Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki".

Selepas ini, latihkan baca doa begini, . " semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat." . Nampakkan 2 perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

4. Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH. Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Maka hari ini, jom kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya, ' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH.. "Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah.. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH.. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ' . Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

5. Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh, ' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

6. Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita..

satu contoh, ' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah...

Sumber dari Facebook Jentik Hati

Semoga perkongsian di atas memberi manfast kepada pembaca blog ini dan mengamalkannya demi mendapat doa yang mustajab dan dimakbulkan. Kita berusaha dan berdoa, dan Allah Maha Mendengar. Jangan risau, okay👌

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.