Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Buat Kek Pisang Moist Kukus Dengan Beberapa Langkah Mudah

Cara Buat Kek Pisang Moist Kukus Dengan Beberapa Langkah Mudah. Siapalah yang tak suka makan kek pisang ni. Gebu dan lembutnya je dah buat kita terliur. Kalau ada yang jual macam moist gitu, terus saya beli. Anak-anak pun suka.

Kadangkala kalau teringin sangat, nak je buat sendiri. Tapi apa yang saya buat corak pisangnya tak naik pun. Tak cantik langsung. Nak makan pun tak ada mood..
Cara Buat Kek Pisang Moist Kukus Dengan Beberapa Langkah Mudah

Cara Buat Kek Pisang Moist Kukus Dengan Beberapa Langkah Mudah

Cara Buat Kek Pisang Moist Kukus Dengan Beberapa Langkah Mudah


Kek pisang moist kukus ni sedap jugak dimakan cicah dengan kopi 'O' panas.

Anak-anak akan tak sabar tunggu kek pisang masak sebab bau harumnya dah merata sampai ke ruang tamu.., sekejap-sekejap masuk dapur. Sibuk betul diaorang..



Resepi Kek Pisang Moist Buat Sendiri


Bahan-bahan: 

5 biji pisang berangan
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 biji telur
3 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara membuatnya..

1. Bekas A, lenyekkan pisang dan masukkan minyak serta garam kacau seketika, ketepikan

2. Bekas B, pecahkan telur dan masukkan gula, pukul sampai sedikit kembang

3. Kemudian masukkan tepung, esen vanilla, soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam bekas B pukul sebati.

4. Seterusnya tuangkn bahan bekas A ke dalam bekas B kacau sebati supaya adunan tidak berketul-ketul

5. Kukus selama 45 minit dengan api biasa.

P/S : boleh kurangkan gula pada yang tak kuat mkn manis..

Selamat mencuba.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments