Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Buku Kombo Mufti Dato' Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

Beli Buku Kombo Mufti Dato' Dr Zulkifli Mohamad al Bakri. Membaca jambatan ilmu. Orang yang bijak adalah orang yang suka mencari ilmu walaupun dalam kepayahan. Tuntutlah ilmu walau hingga ke hujung dunia. Namun dalam mencari ilmu, carilah ilmu yang baik dan bermanfaat. Agar dengan ilmu kita dapat menyebarkan kebaikan pula.


Oh ya, bercakap pasal ilmu.. saya baru saja terima buku-buku mufti WP Dato Dr Zulkifli Mohamad al Bakri bagi menambahkan ilmu-ilmu yang masih kekurangan ini.

Beli Buku Kombo Mufti Dato' Dr Zilkifli Mohamad al Bakri

Beli Buku Kombo Mufti Dato' Dr Zilkifli Mohamad al Bakri


Beli Buku Kombo Mufti Dato' Dr Zulkifli Mohamad al Bakri


Buku-buku Dato' Dr Zulkifli ni saya beli secara kombo dan di dalamnya ada 5 buah tajuk buku yang best! Buku tersebut adalah:

1. Imam as Syafie
2. Nota untuk Anakku
3. Makrifah Rasulullah SAW
4. Baikilah solatmu untuk khusyuk
5. Fiqh al Hijrah

Oleh kerana buku-buku ini saya baru terima di pejabat tadi, saya cuma sempat menyelak helaian demi helaian secara rambang. Namun, apa yang pasti buku-buku tersebut ditulis secara santai.


Gambar senarai buku yang saya beli. Semua buku tidaklah tebal sangat, so jangan boring bila baca ya.. hehe..


Selain untuk bacaan sendiri, saya pasti anak-anak pun akan suka membacanya. Ilustrasi kulit buku pun agak comel. Dengan cara ini kanak-kanak pun akan suka mengambil panduan dari dalam buku tersebut.

Semoga kita semua dapat mengambil peluang menambah ilmu, belajar hingga hujung nyawa bagi menambahbaik iman dan amalan ketika hidup di dunia ini.

Semoga kita semua juga di dalam peliharaan Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close