Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Jus Carrot Susu Yang Paling Simple

Resepi Jus Carrot Susu Yang Paling Simple. Bila panas-panas ni asyik buka peti ais. Tengok apa yang boleh diminum untuk sejukkan tekak. Sekali ternampak stok lobak anak bujang saya yang dah berangkat ke Mesir. Biasanya dia makan carrot ni dengan ayam panggang dia. Then, daripada kering dan layu dalam peti ais, baik saya korbankan jadi jus. Saya memang penggemar jus carrot susu. Jap saya share kat anda semua resepinya.

Resepi Jus Carrot Susu Yang Paling Simple

Resepi Jus Carrot Susu Yang Paling Simple
Gambar hiasan

Resepi Jus Carrot Susu Yang Paling Simple


Bahan-bahan yang diperlukan:-

1 batang lobak merah (Carrot) - hiris kecil
susu pekat manis - secukupnya
1 cawan air sejuk dari peti ais Gula
Blender

Cara-caranya:


1. Kupas kulit carrot tu elok-elok dan basuh, kemudian hiris kecil- kecil atau dadu

2. Blend carrot bersama dengan air sejuk hingga  jadi halus,.

4. Tapiskan dalam cawan atau gelas

5. Masukkan susu pekat dan kacaukan. Kalau kurang manis, tambah lagi susu

6. Masukkan ketulan ais untuk lebih kaww!

7. Sedia untuk diminum. 

Segarnya dapat minum jus carrot ni, dahlah dalam keadaan cuaca yang panas. Sedapnya. Nak cuba? Dipersilakan..

Cara lain buat jus carrot susu;


Cara 1:

Masukkan carrot dan air kosong sahaja atau dengan gula... kalau tanpa gula lagi sihat.. blender dan tapis... settle... tapi yang ni tak berkrim la yer macam yang kat atas...

Cara 2:

Masukkan carrot dan secawan susu segar, blender halus dan tapis.. nak minum terus pun boleh.. kalau rasa tak manis, boleh tambah susu pekat manis ikut selera anda ye..

Cara 3:

Masukkan carrot dan air kosong dan 2-3 sudu susu pekat manis... ikut selera anda la yer, kalau takut terlalu manis.. bubuh je 2 sudu.. pastu kalau tak manis boleh je masukkan lagi lepas dah tapis nanti... tak ada masalah... boleh adjust hehe...

Sumber

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close