Header Ads

Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar
Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar. Sardin adalah masakan yang paling mudah disediakan, lengkap dan boleh dipelbagaikan. Anak nak mintak makan sardin, terus buat. Yang penting stok sardin mesti ada kat rumah. Orang kata lauk yang mudah time emergency..

Kali ini saya nak share resepi masak sardin yang dalam bekas plastik tu, jenama nama "Sardines". Pernah cuba? Sedap tau, kurang bau hanyir dan tak bau tin. Bungkusan plastik dia pun tebal. Tak risau plastik pecah atau koyak. 

Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar

Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar

Sardin dalam bungkusan plastik ni saya jumpa kat Mydin je, tempat lain belum nampak. Saya terus beli 6 pack. Haha..

Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar

Tengoklah apa saya masak, sardin dalam bungkusan plastik yang lemak dan sedap dengan potongan tomato segar. Hummm.. yummy!!

Resepi Sardin Mudah Dengan Potongan Tomato Yang Segar


Nak tengok resepi sardin saya? Mudah je yang.. 

Bahan-bahan:

1 bungkus sardin
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 tangkai cili hijau - hiris
1 biji tomato segar - potong 6
2 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya

Cara memasaknya


1. Tumis semua bahan yang dihiris hingha naik baunya.

2. Masukkan sardin, kacau rata. Biarkan hingga mendidih

3. Masukkan sos cili dan kicap. Kacau sekejap

4. Masukkan tomato. Biar layu seketika.



Angkat dan boleh dihidangkan. Makan dengan nasi putih, dan sayur bayam masak lemak putih, pun sedap. 

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Nampak sedap
    Tak pernah jumpa lagi sardin bungkus plastik ni

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.