Header Ads

Usah Bersedih. ALLAH Bersama Kita


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Usah Bersedih. ALLAH Bersama Kita
Usah Bersedih. ALLAH Bersama Kita. La tahzan! Ingat tu, walau apa orang buat kat kita, apa yang dia orang kata tentang kita walau perkara tidak benar maka berbaliklah kepada Allah. Dia yang mencipta duka dan tawa, sudah pasti di setiap ujian, akan ada penawarnya. Itu rahsia DIA. Yang kita kena buat, mengadulah kepadaNya. Segala rahsia yang tersembunyi, biarlah Allah saja jadi tempat mengadu.

Apa perkara yang membuatmu sedih? Apa bendanya yang bikin hidup resah gelisah dan celaru? Walau apa yang kamu rasa dan jalani sekarang, mungkin kamu rasa buntu. Kesakitan yang tertanggung. Berbaliklah kepadaNya. Dia yang memegang hatimu. Maka Dia saja yang bolwh merawatnya. Allah selalu bersama kita.

Usah Bersedih. ALLAH Bersama Kita


Walau apa yang berlaku dalam hidup ni, yang mana ia di luar kehendak kita. Usah bersedih. Allah bersama kita.

sah Bersedih. ALLAH Bersama Kita

Walau apa pun dugaan, hinaan, fitnah yang mendatang, kamu harus berpegang pada satu janji Allah, "ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan ingat kepadamu." Jika dengan keyakinan ini kau pegang kuat dalam hati, kau tak akan bersedih terlalu lama. Kerana Allah telah berjanji, di setiap kepahitan, ada sinar pelangi yang akan mengganti.

Percayalah!!

DIA datangkan ujian yang silih berganti kerana mahu mengajarmu erti KUAT. DIA mahu kamu bersinar bak permata dari kalangan kaca yang menyilaukan.

DIA mahu mengangkat darjatmu ke tingkat tertinggi bagi mengganti kesedihan yang kau tanggung sebelum itu. Kerana hanya Dia yang tahu kemampuanmu, sejauh mana kamu mampu mengharungi segala ribut taufan dalam perjalanan hidupmu.

Jangan salah sangka engkau diuji kerana Tuhan benci. Tidak sama sekali. Dia uji kerana Dia sayang. Dia mahu kamu dekat denganNya. Dia mahu kamu tahu bahawa dalam kalangan ribuan makhluk membenci, TuhanMu terus sayangkanmu.

Teruskan langkah, letakkan dunia di tanganmu dan agama di hatimu. Nanti kau akan menggapai kedua-duanya, dunia mahupun akhirat.

Usah bersedih ya.. Tuhan sayang lebih dari yang engkau sangka. Kerana DIA merancang dengan cintaNya dan kita pula penuh dengan cita-cita semata.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.