Header Ads

Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru
Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru. Malam semalam kita orang makan lagi kat Kawd Restoran, yang mana pernah saya tulis kisahnya bulan lepas dengan hidangan western. Kali ni kita orang nak makan seafood style, apa pulak rasanya. Kan..

Dalam sebulan sekali pasti ada je aktiviti kita orang makan kat luar. Ia sebagai satu terapi jugak. Setelah penat bekerja, maka rewards la diri anda dengan makan-makan santai, atau pergi SPA merehatkan tubuh badan tu..

Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru


So, dinner kita orang agak besar jugak dengan makanan yang di order. Jon lihat apa yang kami order untuk makan bertiga ya. Kali ni kami pakat nak makan seafood style.

Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru

Menu perrtama kami order siakap stim Nyonya style. Alamak, saiz besar dah umpama nak makan 6 orang je..

Dinner Bertiga Di Kawd Johor Bahru

Antara menu yang kelihatan.. butter prawn, udang galah lagi.. rujuk poc bawah. Harga RM35.00. Ada lebih 10 ekor udang kalau tak silap.. hehe


Siakap stim ala Nyonya, saiz besar jugak. Harga satu hidangan ni RM50.00. Memang besar. Kuah dia pun sedap.



Yang bawah ni la tomyam goong seafood. Satu hidangan besar macam ni RM35.00. Makan 6 orang pun cukup sangat. Apa isinya? Ada udang galah, ketam, kupang besar, sotong, cendawan dan banyak lagi. Kalau tak habis boleh tapaw bawak balik.

Dinner bertiga di Kawd Johor Bahru

Ada telur dadar, nampak tu? Ha.. yang itu harga RM6.00. So, kalau you all nak makak di Kawd Johor ni, kenalah sediakan wang besar sikit lah ye.. hehe

Untuk semua yang kami order dengan air, billnya lebih kurang RM172. Yang tak habis tu boleh lah tapau atau bungkus bawak balik. Tak membazir pun.

Okay la.. tu je kisah santai kami makan di luar, makan di Kawd Johor.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.