Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Beg Coach Secara Online Dengan Sellection Sdn Bhd

Beli Beg Coach Secara Online Dengan Sellection Sdn Bhd. Saya memang seorang yang pantang tengok handbeg cantik-cantik dan murah kat online shops. Mesti tangan gatal nak klik dan akhirnya kenalah beli. Kerja gila pernah saya buat adalah beli handbeg online terus borong sampai 4 biji, dah sampai tak suka pulak. Bagi kat adik beradik.. hehe

Saya tak kisah branded atau tidak, yang penting hati dah berkenan. Kalau dikira branded handbeg, saya suka jenama Coach, Bonia, Michael Kors, Gucci dan ada beberapa yang lainnya.

Ini lah rupa sebenar beg yang saya beli online dari Sellection Sdn Bhd. Begnya saiz besar, boleh isi buku atau novel kegemaran anda. Boleh sandang di bahu, dan boleh juga buat sling bag sebab ada dua tali beg yang boleh dipelbagaikan.

Beli Beg Coach Secara Online Dengan Sellection Sdn Bhd

Beli Beg Coach Secara Online Dengan Sellection Sdn Bhd


Nampak tak zip di sisi poket depan tu.. ada 2 zip kiri dan kanan dan kedua-duanya berfungsi sebagai 2 poket yang berlainan. Memang sungguh berguna untuk letak kunci kereta dan handphone di poket tersebut.



Saya baru beli buku Life Goes On by Siti Nordiana. Nanti saya review ya.. saja nak tunjuk yang buku Nana tu pun boleh masuk dalam handbag Coach ni. Haha.. jangan jeles ya..

Beli Beg Coach Secara Online Dengan Sellection Sdn Bhd


Sekarang ni saya suka melawat website atau IG butik Sellection yang jual handbeg berjenama pada harga yang munasabah. Kiranya owner butik ni personal shopper yang kerap ulang alik ke luar negara dan ambil pre order untuk yang berminat.

Ada juga handbeg yang ready stock, tetapi kena check di IG Sellection la..

Screen shot dari IG Sellection Sdn Bhd

Beberapa hari lepas saya telah beli sebuah beg jenama Coach dari butik Sellection. Meh tengok apa yang saya beli.

Arahan bayaran yang dihantar melalui email. Seperti di bawah.


Urusan nak beli amat mudah. Hanya whatsapp link yang diberi dan ikuti maklumat yang diarahkan.

Boleh bayar online banking atau kad kredit. Ikut mana yang mudah bagi anda.

Oh ya, jika beg yang kita order dah sold out, duit dikembalikan sepenuhnya.

Pada 28/1/2020 order dan bayar, 30/1/2020 dah dapat. Sebab ia item ready stock. Kalau yang pre order, anda kenalah tunggu dengan sabarnya ya..

Selamat bershopping..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close